Giliran Mat Zan ‘Direhatkan, PDRM Lantik Wan Rohaimi Sebagai Ketua Jurulatih Baharu

Wan Rohaimi PDRM Mat Zan

Mat Zan Mat Aris menjadi mangsa terbaharu selepas PDRM mengesahkan beliau telah ‘direhatkan’ daripada kedudukannya selaku ketua jurulatih dan memilih bekas penyerang kebangsaan Wan Rohaimi Wan Ismail sebagai pengganti.

Perkembangan tersebut dipercayai susulan permulaan buruk skuad Sang Saka Biru dalam saingan Liga Premier musim ini di mana pasukan itu hanya mengumpul tiga mata selepas lima perlawanan dan menduduki tangga kesembilan.

Pengalaman Wan Rohaimi selama 10 tahun sebagai jurulatih skuad Piala Presiden Pulau Pinang dan jurulatih Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) dapat memulihkan kembali prestasi PDRM yang baru sahaja diturunkan dari Liga Super.

“Selama saya berada dalam bidang kejurulatihan selama 10 tahun,” ujar jurulatih kelahiran Kelantan itu dalam kenyataannya menerusia siaran media.

“Saya yakin dengan kebolehan diri sendiri untuk membina pemain dari biasa-biasa kepada luar biasa dan juga pasukan biasa-biasa kepada luar biasa.

“Secara jujurnya selepas lima perlawanan, keadaan PDRM tidak begitu baik tetapi masih belum terlambat untuk memperbaiki kedudukan.

Perlawanan berdepan Terengganu FC (TFC) II di tempat lawan pada Sabtu ini akan menjadi ujian pertama jurulatih berusia 45 tahun tersebut.

“Banyak kerja perlu saya buat iaitu memperbetulkan pasukan dari titik A hingga Z serta menukar cara pemikiran pemain. Insya Allah, di penghujung tahun, dengan sokongan padu pengurusan kita boleh tengok di mana pasukan PDRM FC akan berada,” tambahnya.

Sewaktu kariernya sebagai pemain Wan Rohaimi penah beraksi bersama beberapa pasukan seperti Kelantan, Pahang, Pulau Pinang, Selangor dan Johor FC.

Berdasarkan maklumat dari sumber, PDRM sedang berunding dengan Mat Zan memandangkan jurulatih veteren itu masih mempunyai kontrak sehingga penghujung musim ini.

Sri Pahang merupakan pasukan Liga Malaysia (Liga-M) pertama yang ‘merehatkan’ ketua jurulatih dengan kembali menggunakan khidmat Dollah Salleh bagi menggantikan tempat jurulatih import Thomas Dooley.

Kredit Foto: PDRM FC

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Liga Premier: 2 Gol Dalam Tempoh 2 Minit Julang Kelantan Atasi PDRM

Mengapa Terengganu Ambil Risiko Kembalikan Jordan Mintah Ke TFC II?

Kerteh FC Diberi Mandat Bina Kerteh Sports City

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN