Liga Premier: 2 Gol Dalam Tempoh 2 Minit Julang Kelantan Atasi PDRM

Kelantan Nurshamil Abd Ghani

Kelantan FC terus mencatat keputusan positif dengan merekodkan kemenangan kedua berturut-turut selepas bangkit dari ketinggalan sebelum menundukkan PDRM FC 2-1 dalam aksi Liga Premier yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Sabtu.

Dua gol dari Nurshamil Abd Ghani dan Jack Hindle yang hanya berselang seminit pada hujung perlawanan sudah cukup memastikan skuad Marco Ragini itu mengutip tiga mata.

Separuh masa pertama menyaksikan perlawanan berlangsung hambar kerana kedua-dua pasukan dilihat terlalu berhati-hati dan gagal menghasilkan sebarang gol.

Namun segalanya berubah apabila masuk babak kedua dengan serangan demi serangan sehinggalah PDRM  memecah kebuntuan pada minit ke-74 bermula dengan gerakan yang direncanakan Lazarus Kaimbi yang melorongkan bola kepada Alexander Amponsah.

Penyerang Ghana itu kemudian melintanhgkan bola tepat kepada Hadir Idris yang menanduk masuk gol pertama perlawanan.

Ketika perlawnan berbaki 10 minit, Jack Hindle mensia-siakan peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan apabila gagal menyudahkan hantaran lintang Haziq Subri dan tandukannya sekadar melepasi palang gol.

Bagaimanapun empat minit kemudian NurShamil Abd Ghani menebusnya dengan gol menerusi tandukan hasil hantaran lintang Haziq Subri.

Hanya seminit selepas itu, giliran Jack Hindle mencetak namanya selaku penjaring gol selepas Aizzat Maidin bijak mengumpan bola dengan hantatan pendek sebelum penyerang import England itu membuat rembatan deras menewaskan penjaga gol Muhd Asri Muhamad.

Lazarus Kaimbi terlepas peluang untuk menyamakan kedudukan buat pasukan tuan rumah pada minit-minit akhir selepas percubaannya terkena tiang dan sepakan susulannya pula meliar melepasi palang gol.

Kedudukan 2-1 kekal sehingga pengadil Mohd Hasrul Rahman meniupkan wisel penamat dan memberikan kekalahan ketiga berturut-turut buat PDRM musim ini tanpa sebarang mata.

Kelantan pula kini di kedudukan keempat Liga Premier dengan enam mata selepas tiga perlawanan.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai bola sepak tempatan:

Tomas Trucha: Kedah Tentunya Lega Dapat 1 Mata Berdepan Penang FC

Thomas Dooley Direhatkan, Dollah Salleh Kembali Jadi Nakhoda Sri Pahang

Manuel Konrad Bersama Selangor 2, Jordan Ayimbila ‘Naik Pangkat’?

Leave a Reply