Bukan Aguero, Penyerang Muda Man City Yang Jadi Sasaran Real Madrid

Liam Delap Sergio Aguero Manchester City Real Madrid

Real Madrid dilaporkan berminat untuk mendapatkan penyerang dari Manchester City, namun pemain tersebut bukanlah Sergio Aguero yang mengesahkan akan meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut pada penghujung musim ini.

Siapa sangka pemain berkenaan adalah Liam Delap yang baru berusia 18 tahun. Penyerang muda berkenaan telah membuktikan keupayaannya dengan merekodkan 20 gol serta empat bantuan jaringan dalam 15 perlawanan Premier League 2 pada musim ini.

Beliau juga telah tambil sebanyak tiga kali bersama skuad senior The Citizens dan menjaringkan gol sewaktu debutnya ketika menang ke atas Bournemouth dalam saingan Piala Carabao.

Keengganan Pep Guardiola menurunkan Delap dengan lebih kerap bersama skuad utama termasuk ketika City berdepan krisis kecederaan telah menimbulkan persoalan adakah beliau tidak yakin dengan kemampuannya.

Situasi tersebut tentunya membuka mata kelab-kelab lain termasuk Real Madrid untuk cuba memancing anak kepada pakar balingan jauh Rory Delap itu, namun kontrak semasanya ketika ini masih berbaki sehingga 2023.

Buat masa ini Real Madrid masih bergantung tinggi kepada Karim Benzema dan beberapa penyerang telah keluar masuk bersilih ganti kerana masih tidak dapat menyaingi kedudukan penyerang Perancis tersebut termasuk Luka Jovic yang dipinjamkan keluar ke Eintract Frankfurt.

Delap memulakan kariernya semasa remaja bersama Derby County sebelum disambar oleh City pada 2019 selepas melihat potensi yang dimiliki pemain yang mempunyai ketinggia 1.82 meter itu dan beliau juga telah dibandingkan dengan gaya permainan penyerang prolifik Erling Haaland.

Dengan ketiadaan Aguero selepas ini, City hanya tinggal seorang penyerang senior iaitu Gabriel Jesus. Mungkin ia merupakan peluang terbaik Delap untuk meyakinkan Guardiola bahawa beliau layak untuk mengisi kekosongan tersebut.

Bagaimanapun timbul ura-ura mengatakan pendahulu EPL itu sudah menyenarai pendek calon penyerang baharu iaitu Haaland, Harry Kane dan Romelu Lukaku.

Kredit Foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Real Madrid:

https://semuanyabola.com/5-sebab-real-madrid-tidak-akan-beli-semula-cristiano-ronaldo/

5 Pengurus Paling Teruk Pernah Dilantik Dalam Sejarah Real Madrid

Kenali Hugo Duro, Senjata Baharu Real Madrid

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN