Mohammed Ghhadar, pemain yang sudah berusia 33 tahun ini sukar untuk dibendung di dalam kancah Liga Malaysia sepanjang pembabitan beliau.
Sama ada ketika era generasi emas Kelantan sebelum ini dan juga pada kepulangan kedua beliau ke pasukan The Red Warriors.
Mohammed Ghaddar pulang ke pangkuan pasukan Kelantan dengan memberikan salam 2 gol pada perlawanan pertama menentang PKNS.
Namun minggu yang indah sudah pastilah minggu ini. Di pertengahan minggu beliau menjaringkan hat trik menentang Perak.
Di hujung minggu, beliau menjaringkan hat trik ke atas T-Team. Ini bermaksud, Ghaddar menjaringkan 6 gol dakam tempoh 180 minit.
Purata 30 minit per gol. Wow!
Ghaddar menjadi pemain Kelantan pertama menjaringkan gol liga di Kota Bharu musim ini selepas 4 kali pasukan ini bermain di sini.
Ghaddar kini telah menjaringkan 9 gol dalam Liga Super. Sekaligus meletakkan beliau sebagai pendahulu carta untuk persaingan kasut emas Liga Super 2017.
Ini diikuti oleh penyerang berbisa Pahang, Matheus Alves dan penyerang Kedah Ken Ilso yang masing-masing telah menjaringkan 8 dan 5 gol setakat ini.
Pemain ini memang seorang penyerang sejati walaupun kadangkala agak overplay dan individualistik.
Tetapi orang tidak akan kisah selagi-lagi dia melakukan tugasannya dan pasukan ini mendapat keputusan positif.
Ghaddar memiliki larian yang deras dengan teknik sentuhan ke atas bola yang kemas. Bola seakan-akan melekat di kaki beliau.
Pemain yang boleh berjuang dan menentukan nasib pasukan di tangan beliau. Ghaddar sememangnya pemain yang harus diberikan perhatian oleh semua pasukan.
Beliau antara cerita indah yang hadir dalam bola sepak Kelantan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Teruskan aksi cemerlang anda Ghaddiator!
Baca juga: Seri Dengan Bournemouth, Manchester United Persiakan Peluang Naik 4 Teratas