Wenger: “Saya Nak Main Bola Tinggi, Sebab Itu Saya Tak Mainkan Sanchez Dulu”

Arsene Wenger menyesal selepas strategi yang dilakukan beliau ketika menentang Liverpool semalam.

Dalam perlawanan itu, Liverpool menang 3-1 hasil jaringan Roberto Firmino, Sadio Mane dan juga Gini Wijnaldum.

Sementara Danny Welbeck menjaringkan gol tunggal Arsenal.

Taktikal bola tinggi

Jika semalam, penyokong Arsenal dikejutkan dengan ketiadaan Alexis Sanchez di kesebelasan utama selepas Wenger meletakkan beliau di bangku simpanan.

Rupanya terdapat satu sebab kenapa Wenger buat demikian.

 

“Saya pada mulanya nak main bola tinggi dan main secara terus. Sebab itu saya tinggalkan Sanchez di bangku simpanan.”

“Oleh kerana nak main bola tinggi, saya perlukan pemain yang tinggi dan mantap di udara.”

Dari situ, kita dapat logik kenapa Wenger mainkan Olivier Giroud sebagai kesebelasan utama.

Walaupun taktikal itu tidak berjaya, namun Wenger langsung tidak menyesal dengan keputusan itu.

“Saya tak menyesal, cuma saya kesalkan pasukan saya kalah sahaja.”

Keputusan sukar

Untuk meninggalkan pemain terbaik seperti Sanchez di bangku simpan, pasti ia bukan sat keputusan mudah buat Wenger.

“Untuk saya tinggalkan pemain yang cukup cemerlang seperti Sanchez nyata sukar. Beliau adalah pemain yang cukup hebat.”

“Saya beli beliau dan macam mana pun saya nak beliau main. Sebab itu saya letak beliau sebagai berjaga-jaga.”

Wenger juga mengaku yang pasukannya tidak cukup pantas untuk menyaingi Liverpool. Lantas, Wenger membawa masuk Sanchez.

Baca juga: Marta, Simbol Pemain Wanita Terbaik Sepanjang Zaman

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN