Marta, Simbol Pemain Wanita Terbaik Sepanjang Zaman

Siapakah pemain wanita terbaik sepanjang zaman? Nama Marta sudah pasti antara yang cepat terlintas di kepala kita.

Jika dalam arena bola sepak kita menggelar Pele sebagai raja bola sepak. Namun, dalam bola sepak wanita, Marta digelar Pelé de saias (“Pelé with skirts”).

Pemain yang pernah meminta untuk menyertai liga utama Brazil bersama-sama dengan pemain lelaki namun hasrat itu tidak kesampaian dan mustahil.

Marta pernah menggondol anugerah Pemain Terbaik FIFA sebanyak 5 kali berturut-turut bermula dari 2006.

Banyak lagi anugerah individu yang dimenangi oleh Marta sepanjang karier beliau.

Perjalanan karier

“Pemain bola sepak wanita sentiasa hidup lebih sukar. Pemain lelaki mendapat banyak duit dengan banyak kelab mereka boleh pilih untuk bermain.”

“Untuk wanita pula, kami sentiasa tertanya-tanya, di mana aku akan bermain tahun depan jika saya tidak dapat bermain di sini lagi.”

Marta dilahirkan di Dois Riachos, Brazil pada 19 Februari 1986. Marta membangunkan bakat bola sepak beliau atas usaha sendiri.

Marta banyak bermain bola sepak jalanan di sekitar kejiaranan beliau.

Namun lama-kelamaan ramai budak-budak lelaki tidak mahu bermain dengan beliau kerana malu ditenggelamkan oleh Marta.

Marta mengakui dia kadangkala terpaksa bermain ‘biasa-biasa’ untuk memastikan budak-budak lelaki tidak tercabar dengan beliau.

Pada suatu hari, Marta telah dikesan oleh jurulatih bola sepak wanita, Helena Pacheco (gambar). Helena membawa Marta ke Rio De Janiero untuk menyertai Vasco da Gama pada usia 14 tahun.

Membangun menjadi bakat dunia

Dengan bantuan daripada jurulatih profesional, bakat Marta meningkat dengan mendadak. Marta terus dipanggil ke dalam skuad B-19 tahun pada 2002.

Marta juga menyertai skuad Piala Dunia Wanita 2003.

Namun begitu kelab Vasco da Gama berhadapan dengan masalah kewangan. Kelab tersebut terpaksa menamatkan program pembangunan bola sepak wanita.

Marta terpaksa meninggalkan kelab yang dia sayangi itu untuk menyertai Santa Cruz. Kemudian Marta berkelana ke Eropah pada usia 17 tahun dengan menyertai Umea IK di Sweden.

Di Sweden barulah dia merasai bola sepak profesional dan menikmati liga yang lebih kompetitif.

Marta menjadi pemain penting membantu Umea IK menang UEFA Women’s Cup ada 2003/04. Marta turut membantu Umea IK menjuari Liga Sweden untuk 3 musim dari 2005 sehingga 2008.

Marta 3 kali dianugerakan pemenang kasut emas sepanjang 5 musim di Sweden. Beliau menjadi pemain wanita pertama menang Anugerah Pemain Terbaik FIFA sebanyak 5 kali berturut-turut.

Pemain berbakat ini mulai menjadi perhatian di pentas lebih besar ketika membantu skuad Olimpik Brazil menang pingat perak Sukan Olimpik 2004 dan 2008.

Pada Piala Dunia Wanita 2007, Marta dianugerahkan Bola emas walaupun Brazil hanya berada di tangga ke-2.

Revolusi bola sepak di Amerika Syarikat membolehkan Marta menerima bayaran yang lebi baik. Marta menyertai Los Angeles Sol pada 2009.

Namun kelab tersebut menghadapi masalah kewangan. Marta berhijrah ke FC Gold Pride dan kemudiannya New York Flash.

Sepanjang di USA, Marta menang 2 Anugerah MVP pada 2009 dan 2010. Marta turut membantu Gold Pride dan NY Flash menang kejuaran WPS. Menjadi penjaring terbanyak liga dalam 3 musim.

Pada 2011, Marta kembali ke Brazil dan menyertai Santos secara pinjaman ketika cuti musim WPS. Ia langkah persediaan untuk Piala Dunia 2011.

Meskipun dalam Piala Dunia 2011, Brazil tewas di suku akhir, rekod gol Marta berjaya menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk temasya itu.

Marta merekodkan gol ke-14 dalam Piala Dunia. Berkongsi kedudukan dengan Birgit Prinz dari Jerman.

Kembali ke Sweden

Marta kembali semula ke Sweden pada 2012, menyertai Tyreso dan terus membantu kelab tersebut menjuarai liga pada tahun yang sama.

Pada 2014, Marta dipancing oleh FC Rosengard dan masih bermain di sana sehingga ke hari ini. Pada 2015, Marta menjadi penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia Wanita.

Ramai yang mengiktiraf Marta sebagai pemain bola sepak wanita terbaik dalam sejarah. Beliau adalah lagenda yang hidup.

Marta juga menjadikan Cristiano Ronaldo sebagai pemain yang diminatinya.

Marta seorang pemain bola sepak yang penuh dengan kepintaran dan kepantasan di dalam padang. Boleh melakukan banyak skil kaki termasuk lambretta, step over dan roullete.

Membuatkan Marta kerap dibandingkan dengan skil-skil ala Ronaldinho, Romario dan juga Pele. Marta boleh bermain di mana-mana posisi tengah dan serangan.

Namun beliau lebih selesa bermain sebagai no.10 ataupun penyerang sayap. Signature utama Marta adalah cut inside and shot.

Marta juga memiliki kepimpinan, kreativiti dan kemampuan menjaringkan gol yang luar biasa termasuk menerusi situasi bola mati.

Marta telah menjadi inspirasi ramai pemain bola sepak wanita bukan sahaja di Brazil, malah di dunia.

Marta membuktikan wanita juga boleh bermain bola sepak dengan skil yang menarik di atas padang sekiranya diasah dari awal.

Pemain yang sangat gigih mencari tempat untuk mengembangkan karier bola sepak. Berpisah dengan keluarga dari usia remaja lagi.

Misi yang belum selesai adalah menjulang Piala Dunia.

Dan Piala Dunia 2019, masih tidak mustahil untuk Marta mencuba.

Baca juga: Sudahlah Dipukul Samseng, Kontrak Pemain Ini Dibatalkan Pula Oleh Kelabnya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN