Seri Dengan Bournemouth, Manchester United Persiakan Peluang Naik 4 Teratas

Manchester United harus menyalahkan diri sendiri kerana kegagalan untuk menang dalam perlawanan yang didominasi oleh mereka.

Inilah peluang terbaik untuk United berada di 4 teratas pada minggu ini.

Bournemouth beraksi dengan 10 orang pemain sepanjang separuh masa kedua selepas Surman dibuang pada pada minit akhir separuh masa pertama.

United melakukan 20 cubaan gol dalam perlawanan ini, namun hanya menjaringkan 1 gol dan 1 penalti yang gagal.

Kebanyakan cubaan mereka diselamatkan oleh Boruc dan dihadang oleh pertahanan Bournemouth.

Lawan mereka pula hanya melakukan 3 cubaan gol dan 1 sahaja cubaan tepat. Cubaan tepat itu adalah 1 penalti yang disempurnakan.

Sebelum jaringan King, Manchester United mendahului menerusi Marcos Rojo pada minit ke-23.

Ia adalah jaringan liga sulung Rojo sejak menyertai United. Beliau sudah beraksi 54 perlawanan EPL bersama United setakat ini.

Aksi Boruc

Arthur Boruc adalah pemain terbaik di dalam perlawanan ini. Beliau melakukan 6 saves dan salah satu daripadanya adalah kejayaan menafikan penalti Ibrahimovic.

Bournemouth hadir dalam perlawanan ini dengan rekod 51 bolos. Mereka boleh sahaja menambah rekod itu dengan 3,4 atau 5 gol jika tidak kerana aksi cemerlang Boruc.

Boruc turut menjadi penjaga gol pertama yang menyelamatkan penalti United di Old Trafford sejak Boaz Myhill pada 2015.

Zlatan menjadi tumpuan

2 insiden kontroversi dan 1 penalti yang gagal disempurnakan adalah cerita untuk Ibrahimovic semalam.

Bercakap kepada wartawan selepas perlawanan ini, Ibrahimovic berkata:

“Saya harus bertanggungjawab dengan keputusan ini kerana gagal menyempurnakan penalti.”

“Kadang-kadang anda jaringkan gol (penalti), kadang-kadang anda gagal. Dan kali ini saya gagal.”

“Kami harus memikirkan perlawanan seterusnya. Peluang untuk memperbaiki kedudukan itu akan tiba.”

Sebagai rekod, inilah kali pertama Ibrahimovic gagal menyempurnakan penalti sejak 2015 ketika menentang Guingamp.

Beliau menjaringkan kesemua 6 penalti selepas itu.

Kesan keputuasan perlawanan

Keputusan ini membuatkan Manchester United kekal di tangga ke-6 walaupun apa sahaja keputusan yang berlaku pada perlawanan hari ini.

Bournemouth turut kekal di tangga ke-14 dalam EPL.

Seterusnya

Manchester United akan bertandang ke Russia untuk menentang FC Rostov dalam pusingan 16 pasukan UEL.

Kemudian mereka akan menentang Chelsea dalam suku akhir Piala FA pada Isnin hadapan.

Bournemouth pula akan berhadapan dengan West Ham dalam saingan EPL pada hujung minggu ini.

Baca juga: Ketumpulan Penyudah Memisahkan Sarawak Dengan 3 Mata, Tewas 2-0 Di Tangan FELDA United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN