Gara-Gara Video TikTok, Sterling Bakal Berdepan Hukuman Berat

Raheem Sterling dilaporkan berpotensi untuk dihukum oleh FA selepas beliau didapati melakukan satu kesalahan besar dan hal itu terbongkar kerana video yang dimuat naik oleh Chelsea sendiri.

Ya, Sterling bakal digantung kerana beliau melakukan kesalahan besar, dan kesalahan beliau itu hanya diketahui selepas Chelsea memuat naik satu video di laman TikTok milik mereka.

Video yang dimaksudkan itu telah diambil selepas tamat aksi kemenangan 4-1 Chelsea menewaskan Tottenham Hotspur kemarin.

Raheem Sterling sendiri sementara itu telah bermain selama 90 minit dalam perlawanan tersebut dengan beliau turut berjaya mencatatkan satu assists.

Rakaman yang dimuat naik oleh laman TikTok rasmi Chelsea itu menunjukkan ada penonton yang telah melempar objek ke kaki rakan sepasukan Sterling, Cole Palmer sebaik bintang The Blues itu menjaringkan gol menerusi sudut sepakan penalti.

Selepas meraikan gol, Sterling dilihat menunduk lalu mengambil sesuatu sebelum melempar semula objek tersebut ke arah tempat duduk penonton.

Walau bagaimanapun, masih tidak jelas ke mana arah objek yang dilemparkan oleh Sterling itu dengan pihak FA masih menyiasat hal tersebut.

Juru cakap FA England telah mendedahkan kepada Daily Mail yang mereka sudah menilai dan menyiasat video tersebut.

Pihak FA masih belum mengumumkan adakah mereka bakal menjatuhkan hukuman ke atas Sterling atau atas kesalahan tersebut.

Pemain kebangsaan England itu jelas sekali bakal dihukum andai beliau benar-benar melempar objek itu ke arah tempat duduk penonton.

Sepertinya tiada siapa yang sedar akan insiden tersebut dan ia hanya diketahui selepas Chelsea memuat naik video itu ke laman TikTok mereka.

Mungkin juga pihak kelab sendiri tidak sedar dan tak perasan hal tersebut dan kerana itulah mereka dengan santainya memuat naik video itu.

Ada juga peminat yang yakin Sterling tidak akan dihukum kerana merasakan bekas bintang Man City itu tidak melempar objek ke arah penonton dan percaya beliau hanya melempar objek itu ke tepi padang sahaja.

Walau bagaimanapun, menurut sumber-sumber di UK, Sterling jelas sekali melempar objek itu ke arah tempat duduk penonton cuma tak pasti ke mana objek itu berhenti.

Tahun lalu, bintang Tottenham Hotspur, Richarlison telah didapati bersalah kerana melakukan kesalahan yang hampir sama dengan beliau melempar objek ke arah penonton ketika masih beraksi bersama Everton.

Pemain kebangsaan Brazil itu telah berdepan hukuman penggantungan satu perlawanan dan hal tersebut menyebabkan debut beliau bersama Spurs tertangguh.

Selain dari hukuman penggantungan satu perlawanan, bintang Tottenham Hotspur itu juga turut dikenakan hukuman denda bernilai £25,000.

Kembali pada tahun 2004 lalu, penyerang Leeds, Alan Smith turut pernah dikenakan hukuman penggantungan dua perlawanan kerana melempar botol plastik ke arah penonton ketika sedang beraksi bertemu Manchester United.

Beliau melempar botol itu kerana membalas tindakan penyokong yang terlebih dahulu melempar botol itu ke arah pemain di padang.

Berbalik kepada insiden melibatkan Raheem Sterling, beliau kini sedang disiasat dan andai didapati bersalah, pihak FA bakal mengumumkan hukuman yang akan diberikan kepada bintang England itu dalam masa terdekat ini.

Namun andai tiada sebarang pengumuman atau tindakan selanjutnya dari pihak FA, maka beliau berkemungkinan dianggap tidak bersalah.

Raheem Sterling masih belum mendapatkan tahap persembahan terbaiknya bersama Chelsea dan The Blues sendiri juga kini sedang bergelut dengan masalah prestasi.

Selepas 11 perlawanan, Chelsea kini sedang berada di kedudukan ke-12 dalam carta saingan Premier League, dan jelas sekali itu bukanlah satu hal yang dimahukan oleh peminat mahupun kelab sendiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN