Pamer Aksi Hambar Bertemu Toulouse, Peminat Haramkan Pemain Ini Beraksi Lagi Untuk Liverpool

Penyokong Liverpool berharap Kostas Tsimikas tidak akan pernah bermain lagi untuk skuad The Reds selepas bintang Greece itu mempamerkan aksi persembahan yang sangat hambar bertemu Toulouse.

The Reds mencatatkan kekalahan pertama mereka di pentas saingan Europa League musim ini di tangan kelab dari Perancis.

Perlawanan yang penuh kontroversi itu berakhir dengan keputusan 3-2 dan jelas sekali ia satu keputusan yang tidak diinginkan oleh kem Liverpool.

Aron Donnum membuka tirai jaringan untuk pasukan tuan rumah pada aksi babak pertama perlawanan, sebelum Thijs Dallinga meledak gol kedua pada aksi babak kedua.

Liverpool kemudiannya berjaya memperoleh gol pertama mereka dalam perlawanan ini menerusi gol sendiri hasil jaringan Cristian Casseres Jr.

Frank Magri kemudiannya meledak gol ketiga untuk Toulouse, seterusnya menambah tekanan untuk pasukan pelawat.

Diogo Jota yang dimasukkan sebagai pemain gantian berjaya meledak gol kedua Liverpool dalam perlawanan ini, seterusnya menghidupkan harapan The Reds untuk sekurang-kurangnya mencatatkan keputusan seri.

Liverpool kemudiannya berjaya memperoleh gol penyamaan pada masa kecederaan permainan, namun malangnya gol jaringan Jarell Quansah dibatalkan oleh pengadil.

Pengadil membatalkan gol tersebut kerana mendakwa yang bola telah terkena tangan Alexis Mac Allister ketika build up serangan itu.

Satu hal yang pasti, selepas berdepan kekalahan, sudah tentu akan ada pemain yang bakal dihentam oleh peminat kerana aksi hambar mereka dalam perlawanan tersebut.

Kekalahan 3-2 bukanlah satu kekalahan yang teruk, namun aksi hambar yang dipamerkan oleh pemain ini, sepertinya telah benar-benar menaikkan kemarahan peminat.

Pemain back kiri Liverpool, Kostas Tsimikas teruk dihentam oleh para penyokong kerana beliau dikatakan telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat hambar dalam perlawanan tersebut.

Pemain kebangsaan Greece itu beraksi dengan sangat teruk hingga beliau terpaksa dikeluarkan pada awal permulaan aksi babak kedua permainan.

Beliau dipersalahkan sebagai punca terhasilnya gol pertama Toulouse selepas beliau hilang bola di kawasan yang tak sepatutnya.

Tsimikas juga turut menjadi sasaran utama jentera serangan lawan kerana pasukan lawan merasakan bahagian beliau yang paling mudah untuk dilepasi.

Penyokong Liverpool jelas sekali sudah terbiasa melihat persembahan mantap yang dipamerkan oleh Andy Robertson di posisi itu sebelum ini, dan tentu saja mereka berharap pengganti bintang Scotland itu mampu untuk berikan hasil yang sama.

Melihat aksi hambar Tsimikas, ada peminat yang mengharamkan terus beliau dari beraksi lagi bersama Liverpool selepas ini.

Para peminat meluahkan kekecewaan mereka terhadap Tsimikas di laman media sosial.

“Saya haramkan dia dari bermain lagi untuk Liverpool, dia memang tak cukup bagus untuk LFC.”

“Tsimikas merupakan pemain back kiri paling teruk dalam dunia bola sepak hari ini.”

“Tsimikas memang sampah. Dia memang sentiasa nampak dalam keadaan separuh sedar. Jurang perbezaan antara dia dengan Robertson memang sangat jauh.”

“Tsimikas ada kesempatan untuk buktikan sesuatu ketika ketiadaan Robertson, tapi apa yang dia tunjukkan pada kita adalah aksi hambar dan kerana itulah beliau akan terus kekal sebagai pemain cadangan sahaja.”

“Jujur saya akui, Tsimikas merupakan pemain paling teruk dalam skuad sekarang. Bahkan dia lebih teruk dari pemain-pemain muda yang ada.”

“Tsimikas harus pergi, kita tak perlukan pemain macam dia, letakkan saja mana-mana pemain muda di situ, saya rasa mereka akan berikan yang lebih baik berbanding Tsimikas.”

Kostas Tsimikas telah ditandatangani oleh Liverpool dari Olympiacos pada tahun 2020 yang lalu dengan yuran perpindahan bernilai £11.7 juta.

Sepanjang kariernya di Anfield, beliau telah membuat 70 penampilan bersama kelab dan turut berjaya memenangi pelbagai gelaran bersama kelab.

Pada September lalu, Tsimikas telah menandatangani kontrak baru bersama kelab hingga 2027 nanti dan sepertinya pihak kelab juga menyesal memberikan kontrak baru kepadanya andai beliau konsisten mempamerkan aksi persembahan seperti hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN