Istilah ‘Gambetta’ sangat jarang kita dengar. Bukan sahaja di Malaysia di negara Asia lain dan Eropah sendiri asing daripada istilah ini.
Namun ia boleh dikatakan bahasa yang sangat biasa di negara latin terutama sekali Argentina. Ini kerana mereka sudah terbiasa dengan sajian gerakan ini.
Ia dipanggil body feint dalam bahasa universalnya. Ataupun tipu muslihat menggunakan gerak tubuh.
Pada 1980, Diego Maradona hampir menjaringkan gol yang cantik dengan rutin ini. Namun sayangnya ia gagal disempurnakan.
Namun 6 tahun kemudian gol beliau menggunakan teknik ini menentang England di Piala Dunia telah diiktiraf sebagai Goal Of The Century oleh FIFA.
Perkataan gambetta ini pernah digunakan oleh rakan sepasukan Diego Maradonna ketika satu temu ramah.
Beliau menerangkan, salah satu kekuatan Diego Maradona adalah kemampuan untuk menggelecek dengan gerakan berpusing dan menukar arah gerakan (twist and turn).
Valdano berkata ia adalah elemen penting dalam gambetta.
Gambetta adalah satu trik yang penuh dengan tipu daya. Pemain pertahanan akan ditipu dengan gerakan badan dan menjangkakan pemain yang melakukan gambetta akan pergi ke satu arah.
Sebaliknya, ketika pemain pertahanan mulai mengambil langkah pertama, itulah masa untuk menggunakan ruang terbuka ataupun ditinggalkan dengan segera
Diego Maradona tidak memiliki kaki yang terlalu fancy untuk melakukan step over atapun skil-skil lain. Namun kekuatan beliau adalah gambetta.
Gaya ini yang menjadi ikutan pemain-pemain seperti Lionel Messi. Ada yang menganggap Gambetta adalah legasi Maradona yang diwarisi oleh Lionel Messi.
Tidak ramai pundit yang berani melabel Messi menjadikan skil ini lebih sempurna kerana Maradona terlalu hebat untuk dikatakan tidak melakukannya dengan sempurna.
Namun Lionel Messi telah menambahkan elemen kelajuan dalam gambetta.
Gambetta adalah satu gelecekan yang menggunakan gerakan bahu dan kekuatan pinggul untuk menukar arah dengan segera.
Teknik
Terdapat beberapa tips untuk melakukan gambetta.
1. Memastikan bola sentiasa dekat dengan kaki. Namun jangan terlalu dekat kerana anda boleh tersadung ketika melakukan gambetta.
Terlalu jauh akan menyebabkan anda hilang kawalan dan sukar untuk memanipulasi bola.
2. Kebijaksanaan untuk menggunakan gerakan atau menjatuhkan bahu ataupun yang dipanggil shoulder drop. Bahu ini akan menghantar isyarat yang salah kepada pertahanan lawan.
3. Menukar arah segera ketika ruang dibuka oleh pertahanan. Ramai pemain tidak yakin untuk menggunakan ruang (space) yang kecil dibuka oleh pertahanan.
Namun, dalam gambetta anda perlu segera masuk ke dalam ruang tersebut. Jadi, gerakan pinggul amat penting dalam proses ini.
Latihan
Asas untuk menajamkan gerakan ini adalah dengan menggelecek kon di padang latihan. Gunakan sekurang-kurangnya 5 kon.
Susun kon secara selari dengan jarak sekitar 5 kaki di antara setiap kon. Pastikan anda menggelecek dengan pattern seperti di bawah sebagai asas.
Ketika menggelecek pastikan bahu dan pinggul anda dilatih untuk bergerak dengan laju atau tajam. Mulakan dengan latihan pada intensiti rendah.
Kemudian tingkatkan kepantasan ketika mengggelecek. Lakukan latihan berterusan dan cuba ia ketika perlawanan sebenar.
Rumusan
Gambetta adalah satu teknik yang lebih daripada sekadar dribble. Ini kerana ia melibatkan aspek tipu helah untuk mencipta ruang kecil untuk diri sendiri.
Anda perlu sentiasa aktif bergerak dan melakukan sentuhan kepada bola.
Ingat, gambetta adalah satu tipu helah dengan gerak tubuh, sukar diduga dan sudah pastinya kemampuan untuk menggelecek atau mengawal bola dalam ruang sempit (close control).
Baca juga: Elastico: Trik Licik Dicipta Oleh Orang Jepun Yang Dilahirkan Di Brazil