Isco Ke Barca? Ia Mustahil Berlaku Kerana Ada Klausa Anti Barca!

Masa depan Isco di Real Madrid terus menjadi tanda tanya. Pemain itu sendiri mengesahkan beliau masih belum menentukan masa depan beliau di Santiago Bernabeu.

Zinedine Zidane sebelum ini dikatakan masih mahukan pemain ini kekal di Bernabeu. Namun beliau berkata, Isco lebih berkuasa menentukan masa depan beliau sendiri.

Zidane tidak boleh menjanjikan lebih banyak aksi dalam pasukan utama kepada Isco. Ini yang membuatkan bekas pemain Malaga ini menangguhkan sebentar urusan lanjutan kontrak beliau.

Isco juga membayangkan beliau akan keluar dari Real Madrid untuk mencari pasukan baru yang boleh menawarkan lebih banyak aksi pasukan utama kepada beliau.

Beliau adalah pemain utama yang paling kurang minit dalam UCL selepas Mariano musim ini.

Pada musim 2016/17 Isco hanya bermain 1,346 minit. Sedangkan Gareth Bale yang berehat panjang 3 bulan kerana kecederaan memiliki 1,359 minit.

Minggu lalu, Barcelona dikatakan berminat untuk mendapatkan Isco untuk memperkuatkan bahagian tengah mereka.

Jordi Alba di antara pemain yang teruja dengan berita tersebut dan berkata, beliau akan cuba memujuk Isco untuk datang ke Barcelona.

Namun perkara itu seakan-akan sukar untuk berlaku kali ini. Ada satu klausa khas di dalam kontrak Isco yang melarang pemain tersebut pergi ke Barcelona secara langsung (direct) dari Real Madrid.

Klausa anti Barca itu telah diselitkan dan dipersetujui oleh Isco ketika menyertai Real Madrid dari Malaga.

Ketika itu, pengurus City, Manuel Pellegrini dikatakan terkejut dengan pilihan Isco. Pellegrini sebelum itu yakin Isco akan bergabung semula denga beliau di Etihad.

Namun yang lebih menarik, Real Madrid dikatakan turut memburu bekas pemain Barcelona Thiago Alcantara.

Dalam perkembangan lain, Pep Guardiola juga dikatakan berminat untuk membawa Isco ke Etihad.

Baca juga: Gambetta, Legasi Trik Dengan Gerak Tubuh Yang Sinonim Dengan Argentina

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN