Quantcast
Elastico: Trik Licik Dicipta Oleh Orang Jepun Yang Dilahirkan Di Brazil
BERITA

Elastico: Trik Licik Dicipta Oleh Orang Jepun Yang Dilahirkan Di Brazil

Monday, 2 Jan 2017

Ketika Ronaldo melakukan satu maneuver yan licik dengan 2 sentuhan dengan 1 langkah kaki menewaskan Nesta yang ketika itu bermain untuk Lazio.

Itulah pertama kali saya melihat satu trik licik yang rupa-rupanya digelar elastico.




Sejarah Elastico

Ronaldo Il Fenomeno memang terkenal dengan gerakan ini. Namun sejarah gerakan elastico ini bermula sejak 1960-an. Ia sinonim dengan nama Rivellino yang juga lagenda Brazil.

Namun beliau tidak mahu mengambil 100% kredit untuk digelar pencipta gerakan itu. Rivellino menyatakan gerakan itu adalah hasil daripada tunjuk ajar rakan sepasukan beliau di Corinthians iaitu Sergio Echigo (bulatan).

Oleh kerana ia dari kaki Echigo bermakna trik ini adalah baka dari orang Jepun. Ini kerana Sergio Echigo adalah dari keluarga berketurunan Jepun yang menetap di Brazil.

Rivellino mungkin 100 kali lebih bagus dari Echigo dalam karier bola sepak. Dan tidak ramai yang kenal dengan Echigo dan berbanding dengan Rivellino yang dikenali di seluruh dunia.

Skil istimewa ini rupa-rupanya daripada kaki seorang pemain yang kemahiran bola sepak yang lebih terhad dan bukan bakat berkelas dunia. Namun beliau tetap digelar Mr. Elastico yang sebenar.

Rivellino kemudian melakukan gerakan itu hampir 10 kali lebih baik dari Echigo namun Rivellino tetap mahu orang tahu asal usul kegemilangan gerakan di kaki beliau adalah dari tunjuk ajar rakannya di padang latihan.

“Saya belajar trik ini dari rakan saya di akademi Corinthians pada 1964. Dia mencipta trik itu. Pada suatu hari saya melihat dia melakukannya di pusat latihan di bawah pokok.”

“Saya terus berkata, hey Jepun (panggilan mesra kepada Echigo), apa nama trik tu?”

“Dia membalas: ‘Hey Riv, senang sahaja buat ni. Nanti saya ajar awak’.”

“Dia pernah berkata, dia adalah pencipta namun saya menjadikannya sempurna.”

Rivellino mulai menjadikan trik ini popular pada Piala Dunia 1970. Beliau pernah berseloroh tentang trik ini. Katanya:

“Tak semua orang boleh melakukannya. Pele yang penuh dengan skil pun tidak mampu melakukannya.”

Kata-kata Rivellino ini ada benarnya. Ia adalah lebih kepada bakat semulajadi dengan latihan teknik yang betul. Pada era moden, kita melihat Ronaldo Luiz menjadi sangat popular dengan trik ini.

Selepas itu, Ronaldinho menjadikannya lebih cantik dan Ronaldinho dianggap pemain terbaik untuk elastico. Ada yang menggelar ia gerakan Ronaldinho.

Pemain lain adalah seperti Robinho, Zlatan Ibrahimovic, Paul Pogba, Cristiano Ronaldo, Willian Luis Suarez dan ramai lagi.

Konsep

Ia bertepatan dengan nama elastico yang merujuk kepada gerakan yang elastik. Trik ini dilakukan dengan mengacah lawan dengan menolak bola ke bahagian kaki luar (outside boot).

Ketika pertahanan cuba mematikan bola itu, dengan pantas bola disentuh dengan inside boot. Kadar kepantasan menukar arah bola membuatkan pertahanan lawan hilang keseimbangan.

Sekarang anda nikmati persembahan elastico di bawah ini.

Rumusan

Dalam segmen teknikal sebelum ini kami menyatakan maneuver seperti nutmeg dan sombrero agak ‘menghina’ pihak lawan. Namun elastico pula lebih dikagumi.

Ia adalah antara cara untuk melepaskan diri dengan darjah kelicikan yang sangat tinggi. Anda perlu ada kemampuan untuk mengawal bola dengan kaki luar dan kaki dalam yang sangat baik.

Ianya ditambah dengan stabiliti pada kaki terutama lutut. Anda akan kelihatan seperti penakluk dunia jika berjaya melakukannya, namun jika gagal anda rasa ingin balik ke rumah dan bersembunyi selama sebulan.

Baca juga : Rabona, Ancaman Bahaya Dalam Darjah Kesukaran Tinggi

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Elastico: Trik Licik Dicipta Oleh Orang Jepun Yang Dilahirkan Di Brazil



Berita Bola Yang Menarik