8 Perkara Sempena Final Piala EFL, Siapakah Akan Menang Malam Ini?

8 perkara yang menjadi perhatian dalam perlawanan final Piala EFL 2017. Pada lewat malam ini, Manchester United akan berhadapan dengan Southampton di final Piala EFL.

Ia adalah peluang pertama Mourinho dan Claude Puel memenangi trofi pertama mereka bersama pasukan masing-masing.

1. 11 terbaik di antara kedua-dua pasukan

Dalam Power Ranking yang direkodkan oleh Sky Sports. Ternyata Manchester United terlalu unggul dengan 9 pemain mereka berada dalam pasukan.

Hanya Van Dijk dan Redmond sahaja yang berjaya menyertai kesebelasan ini.

2. Rekod Mourinho

Rekod Mourinho untuk cup competition memang sangat baik. Beliau sudah memiliki 3 Piala Liga/EFL di dalam sejarah karier beliau.

4. Sejarah karier Puel

Cluade Puel adalah jurulatih yang merupakan anak didik Arsene Wenger. Claude Puel adalah orang yang bertanggunjawab menemui bakat besar seperti Eden Hazard.

Beliau juga pernah membangunkan Thierry Henry.

5. Pertukaran jersi

Salah satu insiden yang paling pelik pernah berlaku melibatkan kedua-dua pasukan pada 1996.

Sir Alex Ferguson mengarahkan pasukan beliau menukar jersi pada separuh masa kedua. Ianya selepas pemain-pemain United mendakwa sukar untuk melihat rakan-rakan denan jersi warna kelabu-hitam.

United menggunakan jersi warna biru putih pada separuh masa kedua. United kalah 3-1.

6. Rekod cup competitions Ibrahimovic

Beliau antara pemain yang paling berjaya dalam cup competitions dalam sejarah karier mereka. Ini adalah rekod beliau setakat ini.

7. Peranan Wayne Rooney

Walaupun beberapa minggu ini ramai bercerita tentang masa depan beliau di United. Namun pemain ini ada rekod yang luar biasa bersama United.

Beliau antara pemain yang boleh memberikan perbezaan.

8. Rekod pertahanan Southampton 

Southampton masih tidak dibolosi sepanjang kempen Piala EFL 2017. Ini mungkin motivasi berguna kepada mereka untuk mengekalkan prestasi tersebut.

Sebelum wisel

Ia akan menjadi pertarungan yang menarik. Manchester United diletakkan sebagai pasukan pilihan dalam final kali ini.

Namun Southampton memiliki kelebihan rehat yang lebih panjang. United dikatakan akan beraksi tanpa Henrik Mkhitaryan.

Siapakah yang akan menjuarai Piala EFL kali ini?

Baca juga: 15 Kelab Penyokong Bola Sepak Yang Berdaftar Di Malaysia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN