Gabriel Jesus merupakan salah satu daripada bakat muda yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.
Jesus kini sebahagian daripada wonderkid terbaik di dunia yang menjadi perhatian.
Ditarik telinga oleh ibu
Berusia 19 tahun, Jesus masih lagi boleh dikatakan dibawah pengawasan ibunya – Vera Lucia (gambar bawah).
Lucia dikenali sebagai seorang ibu yang mementingkan kesempurnaan ataupun perfectionist.
Dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 di antara Brazil dan Venezuela, Brazil memenangi dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Jesus sendiri dan Willian.
Gabriel berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-8. Namun selepas itu Jesus telah melepaskan satu peluang keemasan.
Disebabkan itu, Jesus meraikan gol beliau dengan gaya sedang menelefon seseorang sambil menarik telinganya.
Jesus menarik telingannya kerana beliau tahu apa yang akan terjadi apabila tidak menjaringkan gol. Telinga beliau akan ditarik oleh ibunya!
Perkara itu kemudiannya disahkan oleh ibunya dalam satu temu ramah.
Penemu ramah itu bertanya sama ada Jesus berhak diberi pujian kerana menjaringkan gol untuk Brazil dalam perlawanan tersebut.
Ibunya menjawab, “Saya pada mulanya mencium beliau kerana menjaringkan gol. Tetapi selepas itu saya tarik telinganya kerana dia gagalkan jaringkan gol kedua.”
Lucia juga ditanya sama ada beliau akan mengikuti Jesus ke England untuk tinggal bersama ataupun tidak.
“Ya saya mahu ikut dia ke England. Tapi rasanya tak boleh sebab saya takut nak naik pesawat!”
Dikurung dalam rumah
Pemain Borrusia Dortmund, Ousmane Dembele juga pernah mengalami pengalaman yang lebih kurang sama seperti Jesus.
Berbanding dengan Jesus yang ditarik telinga. Dembele dikurung di dalam rumah oleh ibunya!
Ketika beraksi untuk untuk Rennes di Ligue 1, beliau diarahkan oleh ibunya untuk tidak keluar rumah.
Perkara yang terjadi pada 2015 itu berlaku selepas Dembele beraksi cemerlang untuk pasukannya. Disebabkan prestasinya yang cemerlang, Dembele diintai oleh beberapa kelab seperti Manchester United, Barcelona dan Bayern Munich.
Ibu Dembele yang bernama Fatima mahu Dembele kekal di Rennes dan hanya akan berpindah jika mendapat restu darinya.
Badou Sambague yang merupakan agen Dembele menceritakan yang ibu Dembele mahu anaknya kekal di Rennes.
“Dembele mahu berpindah ke kelab lain. Tetapi ibunya tidak benarkan beliau berpindah dan mahu anaknya menandatangani kontrak profesional bersama Rennes.”
“Saya tiada pilihan lain melainkan turutkan saja permintaan ibunya itu.”
Baca juga: Pemain Muda Celtic Berusia 13 Tahun Lakukan ‘Debut’ Untuk Pasukan B-20 Tahun Celtic