Tinggal Berdekatan Old Trafford, Pemilihan Anthony Taylor Untuk Perlawanan Liverpool Dipersoal

Pengadil merupakan satu watak penting dalam permainan bola sepak.

Hal ini kerana pengadil juga dapat memberikan impak yang seterusnya mengubah keseluruhan perlawanan.

Pengadil perlu dipilih dengan tepat, terutamanya untuk perlawanan penting seperti perlawanan antara Liverpool dengan Manchester United.

Namun untuk perlawanan yang bakal berlangsung awal pagi Isnin waktu Malaysia ini nampaknya sudah terlibat dengan kontroversi seawal hari Khamis artikel ini ditulis.

Pengadil berasal dari Manchester

Kontroversi untuk perlawanan ini bermula selepas pengadil Anthony Taylor dipilih untuk menjadi pengadil perlawanan antara dua kelab yang bermusuhan ini.

Hal ini kerana Anthony merupakan pengadil yang berasal dari daerah Wythenshawe, Manchester. Dan rumah beliau hanya 9 kilometer sahaja dari stadium Manchester United, Old Trafford.

Perkara ini sepatutnya tidak menjadi isu kerana beliau merupakan penyokong bagi pasukan di National League iaitu Altrincham.

Pemilihan Taylor sebagai pengadil perlawanan ini telah dikritik oleh bekas ketua pengadil iaitu Keith Hackett (gambar bawah).

1291567

“Kami tidak mempersoal integriti beliau sebagai pengadil. Tetapi cuba bayangkan jika satu insiden berlaku dan ia memihak Manchester United? Pasti suasana akan tegang.”

Hackett risau Taylor akan menjadi kecaman peminat kedua-dua pasukan jika ada perkara yang tidak diingini berlaku.

Beliau juga mempersoal mengapa Mark Clattenburg tidak dipilih sebagai pengadil perlawanan kerana pengadil itu berasal dari Newcastle.

clattenburg

Clattenburg juga layak mengadili perlawanan sebesar perlawanan Liverpool-Manchester United ini kerana beliau sudah mengadili perlawanan akhir FA Cup, UEFA Champions League dan Piala Eropah 2016.

Namun begitu, Professional Game Match Official Limited (PGMOL) yang bertanggungjawab memilih pengadil untuk setiap perlawanan menjawab balik kritikan Hackett.

PGMOL mengatakan proses pemilihan pengadil mereka berdasarkan kaedah “untuk menggelak tekanan yang tidak perlukan oleh seorang pengadil” kerana perkerjaan itu sudah cukup mencabar bagi mereka.

Mereka juga mengatakan tempat tinggal atau tempat kelahiran seseorang pengadil itu tidak diambil kira dalam proses pemilihan pengadil.

Pemilihan sering berubah

PGMOL sering dikritik kerana sering menukar pengadil telah pun ditugaskan untuk mengadili perlawanan-perlawanan Premier League.

Kevin Friend yang menyokong Leicester City pernah digantikan dengan pengadil lain dari mengadili perlawanan antara Tottenham Hotspur menentang Stoke City kerana Leicester dan Tottenham sedang dalam perebutan kejuaraan Premier League ketika itu.

Tetapi pengadil Michael Oliver yang merupakan peminat Newcastle United ditugaskan untuk mengadili perlawanan antara Norwich City dan Crystal Palace yang berjuang bersama-sama Newcastle untuk kekal di Premier League.

Kami berharap perlawanan antara Liverpool dan Manchester United berlangsung dengan baik tanpa sebarang kontroversi. Tidak kira siapa pun yang mengadili perlawanan tersebut.

Semoga pasukan terbaik memenangi perlawanan tersebut.

Baca juga: Bekas Pengadil Jelaskan Keputusan Pengadil Premier League Betul, Gol Koscielny Dikira

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN