Gagal Jaringkan Gol, Gabriel Jesus Ditarik Telinga Oleh Ibunya

Gabriel Jesus merupakan salah satu daripada bakat muda yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Jesus kini sebahagian daripada wonderkid terbaik di dunia yang menjadi perhatian.

Ditarik telinga oleh ibu

Berusia 19 tahun, Jesus masih lagi boleh dikatakan dibawah pengawasan ibunya – Vera Lucia (gambar bawah).

4445975_x720 

Lucia dikenali sebagai seorang ibu yang mementingkan kesempurnaan ataupun perfectionist.

Dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2018 di antara Brazil dan Venezuela, Brazil memenangi dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Jesus sendiri dan Willian.

Gabriel berjaya menjaringkan gol seawal minit ke-8. Namun selepas itu Jesus telah melepaskan satu peluang keemasan.

Disebabkan itu, Jesus meraikan gol beliau dengan gaya sedang menelefon seseorang sambil menarik telinganya.

gabriel-jesus-brazil-venezuela

Jesus menarik telingannya kerana beliau tahu apa yang akan terjadi apabila tidak menjaringkan gol. Telinga beliau akan ditarik oleh ibunya!

Perkara itu kemudiannya disahkan oleh ibunya dalam satu temu ramah.

Penemu ramah itu bertanya sama ada Jesus berhak diberi pujian kerana menjaringkan gol untuk Brazil dalam perlawanan tersebut.

Ibunya menjawab, “Saya pada mulanya mencium beliau kerana menjaringkan gol. Tetapi selepas itu saya tarik telinganya kerana dia gagalkan jaringkan gol kedua.”

Lucia juga ditanya sama ada beliau akan mengikuti Jesus ke England untuk tinggal bersama ataupun tidak.

“Ya saya mahu ikut dia ke England. Tapi rasanya tak boleh sebab saya takut nak naik pesawat!”

Dikurung dalam rumah

Pemain Borrusia Dortmund, Ousmane Dembele juga pernah mengalami pengalaman yang lebih kurang sama seperti Jesus.

Berbanding dengan Jesus yang ditarik telinga. Dembele dikurung di dalam rumah oleh ibunya!

Ketika beraksi untuk untuk Rennes di Ligue 1, beliau diarahkan oleh ibunya untuk tidak keluar rumah.

Perkara yang terjadi pada 2015 itu berlaku selepas Dembele beraksi cemerlang untuk pasukannya. Disebabkan prestasinya yang cemerlang, Dembele diintai oleh beberapa kelab seperti Manchester United, Barcelona dan Bayern Munich.

2048x1536-fit_premiere-titular

Ibu Dembele yang bernama Fatima mahu Dembele kekal di Rennes dan hanya akan berpindah jika mendapat restu darinya.

Badou Sambague yang merupakan agen Dembele menceritakan yang ibu Dembele mahu anaknya kekal di Rennes.

“Dembele mahu berpindah ke kelab lain. Tetapi ibunya tidak benarkan beliau berpindah dan mahu anaknya menandatangani kontrak profesional bersama Rennes.”

“Saya tiada pilihan lain melainkan turutkan saja permintaan ibunya itu.”

Baca juga: Pemain Muda Celtic Berusia 13 Tahun Lakukan ‘Debut’ Untuk Pasukan B-20 Tahun Celtic

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN