Kelab Bukan Elit Eropah Mahu Cipta Atlantic League, Alternatif Kepada UEFA Champions League

Masa depan kelab-kelab kecil di Eropah semakin tidak menentu.

Mana tidaknya, kelab-kelab elit di Eropah semua sedang merancang untuk mengubah format UEFA Champions League supaya menjadi eksklusif hanya untuk mereka sahaja.

Jadi kelab-kelab kecil Eropah ini juga mahu mencipta liga mereka sendiri.

Sudah lama dibicangkan

Atlantic League adalah sebuah liga yang melibatkan beberapa buat negara.

Negara tersebut adalah Belanda, Scotland, Denmark, Belgium, Norway, Portugal dan Sweden.

Idea tersebut telah terhasil sejak 1999 lagi apabila pengarah sukan PSV Eindhoven iaitu Frank Arnesen mengemukan idea tersebut.

Namun pada waktu itu isu itu telah dilenyapkan kerana mendapat tentangan UEFA. Tetapi idea ini telah kembali dibangkitkan.

Ia dibangkitkan oleh pengarah FC Copehangen iaitu Anders Hørsholt (gambar bawah).

carsten_v__jensen_n_653725a

Beliau menjemput semua kelab bukan elit di 7 negara tersebut untuk membincangkan potensi mewujudkan liga terbabit sebagai alternatif kepada UEFA Champions League.

Hal ini kerana kelab-kelab elit di Eropah mahu menjadikan UEFA Champions League untuk mereka sahaja tanpa penglibatan kelab bukan elit di Eropah.

“Kami mesti mencari peluang antarabangsa alternatif untuk kelab FC Copahagen dan kelab lain di masa hadapan.”

“Kami sedar perkara yang berlaku ini bukan kerana kami. Kami mesti terus bangunkan kelab kami kerana kami mahukan pemain dan staf terbaik di dunia datang bermain untuk kami.”

Walaupun begitu, perbincangan untuk wujudkan Atlantic League masih lagi di peringkat awal. Namun perbincangan untuk mewujudkan liga ini masih lagi di peringkat awal.

Horsolt merasakan kelab-kelab sederhana dan kecil di Eropah perlu mencari alternatif kerana kelab-kelab elit Eropah sudah bersedia untuk menyingkirkan mereka dari menyertai UEFA Champions League.

Kelab Old Firm boleh keluar

Jika Atlantic League dilangsungkan, ia akan melibatkan 16 pasukan dan bermain secara home dan away dalam format liga.

Tetapi syarat utama yang perlu dilakukan oleh semua pasukan yang mahu beraksi dalam Atlantic League ini adalah mereka perlu keluar dari liga domestik masing-masing.

Jadi pasukan seperti FC Copahagen, Ajax Amsterdam, Benfica dan Anderlecht perlu tinggalkan liga domestik masing-masing untuk menyertai liga ini.

Oleh itu pasukan Scotland seperti Celtic dan Rangers mereka mempunyai alternatif untuk keluar dari Liga Scotland.

celticrangers-cropped_1mnez9tq

Jika pada mulanya mereka merancang untuk menyertai liga di England. Kini mereka mempunyai peluang untuk keluar dari Liga Scotland dengan menyertai Atlantic League.

Setakat ini hanya Celtic dan Rangers yang benar-benar mahu keluar dari Liga Scotland. Kelab seperti Aberdeen dan Heart of Midlothian masih lagi tidak mempunyai jawapan.

Februari lalu, ketua ekskutif Celtic iaitu Peter Lawwell telah berbincang dengan wakil dari Ajax Amsterdam untuk mencabar cadangan kelab-kelab elit Eropah yang mahu UEFA Champions League dipertandingkan dalam kalangan kelab Eropah sahaja.

“Kami akan terus berjuang untuk memastikan semua kelab boleh beraksi dalam UEFA Champions League. Namun begitu, kami perlu ada pelan alternatif untuk pastikan kelab-kelab bukan elit di Eropah boleh bermain dalam satu kejohanan prestij.”

Baca juga: UEFA Super League Adalah Liga Untuk Duit, Pilih Kasih Kepada Kelab Besar?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN