Pemain Muda Celtic Berusia 13 Tahun Lakukan ‘Debut’ Untuk Pasukan B-20 Tahun Celtic

Wow! Ini satu pencapaian yang membanggakan!

Beliau mungkin terlalu muda untuk bermain dengan pasukan B-20 tahun. Tapi bakatnya telah menampakkan beliau sudah matang dari permainannya.

Dan ini kisah Karamoko Dembele untuk anda!

Memukau mata jurulatih                                                

Jika musim ini kita disajikan dengan aksi berkualiti dari Moussa Dembele yang bermain dengan skuad utama Celtic. Kita juga disajikan dengan aksi memukau Ousmane Dembele di Borussia Dortmund.

Mungkin di masa depan, Karamoko Dembele pula akan menjadi bintang dalam dunia bola sepak!

Dembele mencuri mata jurulatih skuad B-20 Celtic Tommy McIntyre selepas beliau mencuri perhatian dengan persembahan menakjubkan bersama skuad B-15 Celtic.

Dembele ternyata menjadi perhatian selepas beraksi cemerlang dalam St Kevin’s Boys Tournament yang diadakan di Dublin, Ireland.

Dalam kejohanan berprestij itu, Celtic bertanding bersama-sama kelab tuan rumah iaitu St Kevin, Deportivo La Caruna, West Bromwich Albion dan juga Barcelona.

Pasukan B-15 tahun Celtic juga menjuarai kejohanan tersebut.

243hq8n

Dembele ternyata menjadi tunjang kepada pasukan B-15 tahun Celtic selepas persembahan cemerlang beliau membolehkan beliau dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan.

Ibarat bulan jatuh ke riba

Terdapat ramai pemain skuad B-20 Celtic yang dipilih untuk skuad B-19 tahun Scotland untuk perlawanan menentang Sweden minggu ini.

Mereka adalah Ross Doohan, Anthony Ralston, Mark Hil, Regan Hendry, Calvin Miller dan PJ Croosan.

Ketiadaan pemain-pemain tersebut membuka ruang untuk Dembele untuk menyertasi skuad B-20 tahun Celtic.

Selepas menyedari prestasi cemerlang Dembele, McIntyre tanpa ragu-ragu meletakkan nama Dembele di bangku simpanan pasukan B-20 tahun Celtic.

Dembele diletakkan di bangku simpanan untuk perlawanan Liga Pembangunan SPFL menentang Heart of Midlothian di Cappielow, Morton.

nintchdbpict000271897277

Dembele sempat diberikan beberapa minit untuk beraksi untuk pasukan B-20 tahun Celtic selepas masuk pada minit ke-81.

Beliau masuk menggantikan rakan sepasukan Jack Aitchison yang berusia 16 tahun!

Dalam perlawanan itu, Dembele tidak menjaringkan gol dalam perlawanan yang berakhir dengan jaringan 3-1 memihak Celtic.

nintchdbpict000271896708

Dengan prestasi memukau seperti ini, Dembele ternyata merupakan prospek besar untuk pasukan Celtic di masa hadapan.

Dengan didikan dan jagaan yang betul pasti beliau mampu menjadi bintang bola sepak yang sebetulnya di masa hadapan.

Diharap Dembele akan berjaya suatu hari nanti. Risau barangkali dengan perhatian yang diberikan sekarang ini akan menjerumus beliau menjadi Freddy Adu yang seterusnya.

Baca juga: 10 ‘Wonderkid’ (Dilahirkan Antara 1986-1990) Yang Gagal Penuhi Potensi Mereka

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN