Felda United Cari Pelabur Baharu Untuk Lengkapkan Penswastaan Kelab

Felda United FC

Seperti beberapa pasukan Liga-M yang lain, Felda United kini juga mahu menawarkan kepada mana-mana syarikat atau pelabur untuk menjadi pemilik baharu yang akan menjadi pemilik bersama dengan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Walaupun Felda United telah sekian lama menggunakan status Kelab Bola Sepak (FC), namun pasukan itu masih belum selesai melengkapkan proses penswastaan kelab menjelang tarikh akhir yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 30 September ini.

Penswastaan kelab dilihat mampu memperbaiki aspek pengurusan pasukan selain antara alternatif terbaik kepada kemelut kewangan dihadapi pasukan sehingga menjejaskan proses pembayaran gaji pemain akibat kebergantungan kepada dana kerajaan negeri atau syarikat penaja.

Setiausaha Agung Felda United, Afizal Abu Othman ketika dihubungi oleh SemuanyaBOLA memaklumkan, pasukan itu kini berada dalam kedudukan yang selesa setelah berjaya menyelesaikan semua masalah terdahulu terutamanya isu tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan.

Oleh itu, pihak yang berhasrat mahu menjadi pemilik bersama The Fighters tidak perlu bimbang mengenai masalah bebanan hutang sehingga jutaan ringgit seperti mana yang sedang dihadapi oleh beberapa pasukan bola sepak lain di dalam negara ketika ini.

“Felda United yang dimiliki sepenuhnya oleh FELDA sudah pun mempunyai aset sendiri iaitu Stadium Tun Abdul Razak, Jengka dan padang latihan serta gimnasium di Institut Semarak Felda (ISEF), Bangi,” ujar Afizal.

“Oleh itu kami berharap ada syarikat yang sudi bersama-sama dgn FELDA untuk membangunkan atau meneruskan kecemerlangan Felda United dalam pentas bola sepak tanah air ini.”

Sejak mengambil bahagian dalam Liga-M bermula tahun 2007, pasukan berkenaan juga sudah pun mempunyai sistem pembangunan di peringkat akar umbi dan remaja seperti skuad Piala Presiden (B-21), Piala Belia (B-19) dan akademi di mana ianya dibarisi oleh 100 peratus anak-anak peneroka FELDA.

Dengan mengamalkan sistem pengurusan yang profesional dan memanfaatkan teknologi sains sukan, musim ini Felda United berjaya meyakinkan syarikat TMCB untuk menjadi penaja platinum di samping beberapa rakan kerjasama yang lain seperti Grand Borneo, FBT, Raz De Group, Hotel Seri Malaysia dan lain-lain lagi.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN