Luqman Hakim Bakal Sarung Jersi Nombor 9 Di KV Kortrijk

Luqman Hakim KV Kortrijk

Video terbaharu yang dihasilkan oleh, KV Kortrijk menunjukkan penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin yang baru sahaja menandatangani kontrak selama lima tahun bersama kelab Belgium tersebut akan menyarung jersi nombor 9.

Perkembangan itu sekaligus menunjukkan betapa besarnya harapan yang disandarkan kepada pemain berusia 18 tahun itu dalam tahun pertamanya bersama kelab berkenaan.

Jersi nombor 9 kebiasaannya digunakan oleh penyerang utama pasukan seperti beberapa bintang dunia yang menggunakan nombor tersebut bersama pasukan masing-masing seperti Ronaldo Nazario Da Lima, Alan Shearer, Luis Suarez, Robert Lewandowski, Karim Benzema dan Filippo Inzaghi.

Diharapkan ‘pemberian’ tersebut tidaklah menjadi satu tekanan kepada pemain kelahiran Kota Bharu itu, tetapi menjadi satu pemangkin semangat untuk beliau membuktikan keupayaannya di liga Eropah.

Menurut sumber yang kami terima, nilai kontrak 5 tahun Luqman dianggar berjumlah RM3 juta, tak termasuk bonus-bonus lain yang bergantung kepada tahap persembahannya untuk KV Kortrijk.

KV Kortrijk menamatkan musim 2019/2020 Pro League Table di tangga ke-11. Diasaskan pada tahun 1971, KV Kortrijk kemudiannya dibeli oleh Vincent pada tahun 2015, 5 tahun selepas jutawan hartanah itu membeli Cardiff City di England.

Tahun 2020 tentunya menjadi  tahun yang cukup manis buat Luqman apabila menjadi pemain Malaysia pertama yang akan beraksi di Liga Premier Belgium.

Selain itu, beliau telah tersenarai dalam senarai tahunan ‘Next Generation’ Guardian, selaku 60 pemain remaja berbakat terbaik pemain dan juga salah seorang daripada 80 bakat muda dari seluruh dunia untuk anugerah ‘Golden Boy’ tahun ini.

Kredit Foto: KV Kortrijk

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Luqman Hakim:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN