FAM Gantung 6 Pengadil Dan Bekukan 4 Lagi, Tekankan Pengadil Malaysia Terbaik Di ASEAN

Mesyuarat Jawatankuasa Pengadil FAM yang dikendalikan oleh Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di Wisma FAM, Kelana Jaya telah memutuskan untuk menggantung 6 pengadil Liga Malaysia dan membekukan servis 4 lagi pengadil Liga Malaysia yang bertugas pada musim 2017.

Keputusan tersebut diambil oleh FAM selepas mendapati 10 pengadil ini didapati telah membuat keputusan tidak tepat ketika mengadili perlawanan-perlawanan Liga Malaysia pada musim lepas.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Exco FAM, Subkhiddin Haji Mohd Salleh itu turut dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasanya iaitu Nasaruddin Ishak, C Ravichandran, Widiya Habibah Shamsuri, Abdul Basith Hamid dan Noor Anuar Abdullah Shani.

Kredit: Facebook Football Association of Malaysia (Official)

Hukuman ini diputuskan Jawatankuasa Pengadil FAM selepas mengambil kira 18 kes aduan yang dikemukakan oleh pasukan-pasukan sepanjang saingan liga tempatan.

“Langkah ini kami lihat perlu bagi memastikan liga kita berlangsung dengan baik, sekaligus tidak menjejaskan imej pertandingan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh.

Beliau turut tidak menolak kemungkinan 4 pengadil yang dibekukan itu boleh diturunkan ke liga lebih bawah sebagai hukuman.

“Sama ada kami akan benarkan mereka terus bertugas di pertandingan tertinggi, digantung untuk tempoh tertentu atau diturunkan ke liga bawahan, semuanya bergantung kepada penelitian semula yang kami akan lakukan nanti.”

Manakala nasib baki 8 pengadil yang terlibat dalam kes aduan yang dikemukakan pasukan sepanjang Liga Malaysia musim lepas menyaksikan 2 daripadanya diberikan amaran, seorang daripadanya diturunkan pangkat mengadili liga bawahan dan baki 5 lagi dilepaskan kerana aduan didapati tidak tepat.

Berita ini keluar pada hari sama di mana Ketua Jabatan Pengadil FAM, Kassim Kadir Bacha menekankan kualiti pengadil Malaysia masih antara yang terbaik di Asia Tenggara selain turut mendapat permintaan dari negara luar.

TAKLIMAT PENGADIL LIGA MALAYSIA 2018
————-
Malaysia mempunyai sejumlah 191 pengadil dan cukup untuk mengadili…

Posted by Football Malaysia LLP on Tuesday, December 26, 2017

Antara senarai isu-isu kepengadilan dalam Liga Malaysia sepanjang 2017

  • Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh dihukum denda RM30,000 dan penggantungan selama 18 bulan kerana membuat spekulasi adanya pengaturan perlawanan di peringkat FAM.
  • Ketua jurulatih FELDA United, B. Sathianthan yang mahu membelikan jam CASIO kepada pengadil kerana memberikan hanya 1 minit masa tambahan semasa aksi Liga Super menentang Perak.
  • T-Team membuat bantahan rasmi terhadap mutu pengadilan semasa T-Team seri 2-2 dalam perlawanan Liga Super 2017 dengan Perak.
  • Penyokong Kedah mendakwa pengadil ‘membunuh’ semangat pemain ketika memberi kad merah kepada Rizal Ghazali yang memberi reaksi kepada terjahan pemain T-Team, Fakrurazi Musa.
  • Bekas ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora menyalahkan pengadil kerana gagal memberi 2 penalti jelas ketika pertemuan menentang Pahang dalam Piala FA 2017.
  • Terengganu mengadu ‘teraniaya’ selepas pengadil gagal memberikan penalti berikutan insiden Azrif Nasrulhaq yang menolak bola dengan tangan dalam kotak penalti ketika aksi kumpulan D Piala Malaysia 2017
  • Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic ‘terkedu’ selepas pengadil membenarkan gol Mohamed Ghaddar yang bermula dari kedudukan ofsaid semasa JDT menewaskan Perak 2-1 dalam aksi Liga Super 2017.

Mengapa kualiti pengadil Malaysia sering menjadi isu?

1. Jabatan Pengadil FAM kekurangan staf untuk memantau kualiti pembangunan pengadil tempatan

2. Daripada kelompok 203 pengadil yang layak mengadili perlawanan-perlawanan kelolaan FMLLP dan FAM., KURANG daripada 30 pengadil digunakan secara kerap untuk perlawanan elit seperti Liga Super, Liga Premier, Piala FA dan Piala Malaysia.

3. Negara kita tiada PROGRAM PEMBANGUNAN PENGADIL YANG SISTEMATIK sejak 9 tahun lepas.

Baca lebih lanjut mengenai faktor-faktor kelemahan kualiti pengadil tempatan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN