Mulanya Dipanggil Parasit Oleh Ultras Milan, Antonio Donnarumma Bantu AC Milan Ke Separuh Akhir Coppa Italia

Bukan mudah perjalanan Antonio Donnarumma yang sejak kecil berimpian untuk bermain dengan AC Milan.

Bermula sebagai pemain buangan akademi AC Milan, abang penjaga gol utama AC Milan, Gianluigi Donnarumma ini kemudiannya dianggap tidak cukup bagus untuk beraksi dalam Serie A. Beliau hanya mencatat satu penampilan dalam Serie A ketika bermain untuk Genoa pada musim 2012/2013.

Kemudian beliau berkelana ke liga Greece, menandatangani kontrak untuk Asteras Tripolis. Setahun kemudian, beliau diberi tawaran menyertai AC Milan semula – tetapi sebagai penjaga gol ketiga dan ‘umpan’ ejen Mino Raiola untuk memastikan adiknya, Gianluigi, kekal gembira di Milan.

Ini membuatkan Antonio dicop sebagai ‘parasit’ menurut mesej satu kain rentang yang ditulis oleh Ultras Milan ketika perlawanan Coppa Italia menentang Hellas Verona awal bulan ini.

https://twitter.com/IFTVofficial/status/941039596535795712

Awal pagi tadi, AC Milan bertemu dengan Internazionale (Inter Milan) dalam perseteruan Derby della Madonnina di peringkat suku akhir Coppa Italia.

Adik Antonio, Gianluigi Donnarumma terpaksa diketepikan oleh pengurus, Gennaro Gattuso kerana mengalami kecederaan otot. Ini bermakna penjaga gol kedua, Marco Storari bakal diturunkan dalam kesebelasan utama. Antonio pula dijadualkan akan berada di bangku simpanan.

Tetapi apabila Storari mengalami kecederaan pangkal paha ketika sesi memanaskan badan, secara tiba-tiba Antonio mendapati dirinya bakal beraksi dalam perlawanan genting ini – di hadapan ribuan penyokong dan Ultras Milan yang bersedia bila-bila masa untuk mengecam ‘parasit’ kelab mereka.

Tetapi sebaliknya berlaku. ‘Parasit’ sama inilah yang mempamerkan persembahan cemerlang untuk menewaskan Inter Milan 1-0 di San Siro, sekaligus membawa AC Milan ke peringkat separuh akhir Coppa Italia 2017/2018.

MILAN, ITALY – DECEMBER 27: Antonio Donnarumma of AC Milan (front) celebrates the victory with his teammate Leonardo Bonucci at the end of the TIM Cup match between AC Milan and FC Internazionale at Stadio Giuseppe Meazza on December 27, 2017 in Milan, Italy. (Photo by Emilio Andreoli/Getty Images)

Selamatkan AC Milan

Dalam perlawanan tersebut, AC Milan memerlukan gol pada masa tambahan daripada Patrick Cutrone untuk bertemu dengan Lazio dalam separuh akhir Coppa Italia 2017/2018.

Kedua-dua pasukan ini bertemu selepas masing-masing tewas 2 perlawanan Serie A berturut-turut.

Dalam perlawanan ini, Antonio Donnarumma menghasilkan banyak aksi menyelamat cemerlang untuk memastikan jentera serangan Inter terus kecewa.

Paling menarik adalah aksi refleks menarik beliau pada minit ke-60 apabila berjaya menafikan percubaan jarak dekat Joao Mario selepas menerima hantaran lintang cantik daripada Mauro Icardi.

Kemudian pada minit ke-87, Antonio sekali lagi bertindak cemerlang untuk menafikan percubaan Ivan Perisic dan Antonio Candreva secara berturut-turut.

Apabila perlawanan berlanjutan hingga ke masa tambahan, penyerang muda Milan, Patrick Cutrone yang masuk menggantikan Nikola Kalinic, memecahkan perangkap ofsaid Inter untuk menjaringkan gol tunggal perlawanan dari jarak 10 ela.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN