EFL Championship: Wolves Kuasai Kedudukan Carta Selepas 24 Perlawanan

Selepas 24 perlawanan, Wolverhampton Wanderers selesa menduduki tangga teratas EFL Championship musim ini, Kini mereka meraih 55 mata hasil daripada 17 kemenangan dan 4 seri.

Mereka hanya tewas 3 perlawanan sebelum ini. Penguasaan Wolves dibantu melalui 12 gol musim ini oleh Leo Bonatini.

Leo Bonatini menduduki carta ketiga penjaring terbanyak liga pada ketika ini. Beliau juga menyumbangkan 5 hantaran bantuan gol.

Bristol City pencabar terdekat

Aksi Bristol City semalam. Sumber: Bristol Post.

Kelab kini menduduki tangga kedua dengan meraih 47 mata, kurang 8 mata daripada Wolves. Mereka menang 13 perlawanan setakat ini di samping mencatat 8 kali seri selepas 24 perlawanan.

Tempat ketiga kini diduduki oleh Cardiff City. Mereka meraih juga 47 mata, cuma dipisahkan dengan kutipan defisit jaringan. Malah, kelab yang dimiliki hartawan Malaysia itu hanya meraih 14 kemenangan dan 5 seri juga selepas mengharungi 24 perlawanan.

Derby County, Leeds United dan Sheffield United pada masa ini menghuni kelompok play-off. Derby menghuni kedudukan di tangga ke-4 (45 mata). Leeds pula berada di kedudukan kelima dengan meraih 42 mata.

Sheffield United mengutip 41 mata dan berada di tangga ke-6. Middlesbrough di kedudukan ke-7, kurang 3 mata berbanding Sheffield United.

Penjaring terbanyak

Leon Clarke (Sheffield United). Sumber: The Sun.

Leon Clarke dari Sheffield United masih mengungguli carta penjaring terbanyak dengan 14 gol. Kelangsungan Derby County di kedudukan 6 teratas banyak dibantu oleh pemain utama, Matej Vydra.

Beliau telah menyumbangkan 13 gol untuk The Rams. Leo Bonatini (Wolves), Lewis Grabban (Sunderland) dan Britt Assombalonga kini mengutip 12 gol.

3 tercorot

Kedudukan EFL Championship selepas 24 perlawanan.

Kini 3 tangga tercorot EFL Championship dihuni oleh mantan kelab English Premier League. Sunderland di tangga ke-22 dengan mengutip 19 mata daripada 3 kemenangan dan 10 seri.

Bolton Wanderers juga mengutip 19 mata dengan 4 kemenangan dan 7 seri. Mereka menduduki tangga ke-23. Birmingham berada di tangga tercorot. The Blues mengutip 17 mata iaitu hasil kemenangan daripada 4 perlawanan serta 5 seri.

Pengurus baru

Tony Pulis dilantik Middlesbrough.

Middlesbrough membawa masuk Tony Pulis selepas memecat Garry Monk. Perlantikan Tony dibuat pada 26 Disember (semalam).

Nigel Adkins pula diberikan mandat sebagai pengurus Hull City. Kelab Humberside itu sebelum ini telah kehilangan pengurusnya, Leonid Slutsky.

Namun begitu, tumpuan terarah kini kepada Wolves yang selesa mendahului carta liga. Sabtu ini, pertembungan dua kelab carta teratas liga bakal dilangsungkan.

Bristol City akan melayani kunjungan Wolves. Mampukan Wolves dikekang sekaligus merapatkan beza mata yang terlalu jauh? Pastinya ia amat mendebarkan, malah Bristol City masih dalam semangat baik kerana menewaskan Manchester United tempoh hari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN