Muhammad Faizal: Cabaran Berganda Buat UiTM FC

UiTM FC

Pasukan pertama dari Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang bermain di pentas CIMB Liga Super, UiTM FC bukan sahaja berdepan cabaran bermain di pentas tertinggi musim ini tetapi mereka juga sebenarnya muncul pasukan paling muda berbanding 11 pasukan lain.

Berdasarkan pengiraan secara keseluruhan, purata umur pemain-pemain pasukan UiTM adalah 24.87 tahun diikuti Felda United FC, 26.35 tahun dan Kedah FA di tangga ketiga, 26.72 tahun.

Bagaimanapun, statistik itu tidak menggentarkan ketua pasukan UiTM, Muhammad Faizal Mohd Arif, yang tidak terkejut dengan fakta terbabit memandangkan pasukan itu terdiri hampir daripada pelajar yang merupakan satu perubahan drastik berbanding musim-musim terdahulu.

“Kalau diikutkan, saya dan rakan-rakan agak takut untuk bermain di CIMB Liga Super musim ini kerana pasukan ini telah berubah wajah sepenuhnya dengan hanya 10 ke 15 peratus sahaja muka lama di samping 80 ke 85 peratus merupakan pelajar UiTM sendiri.

“Situasi ini agak berbeza sepanjang lima musim saya main di sini, di mana tiada banyak perubahan berlaku dalam pasukan, jadi soal keserasian atau persefahaman bukan menjadi satu perkara utama.

“Namun apabila liga telah bermula, saya baharu nampak yang kami boleh bersaing biarpun kami terdiri ramai daripada pemain muda dengan berjaya berikan cabaran hebat kepada pasukan-pasukan lain.

“Pemain import seperti Rabih Ataya dan Gustavo Almeida juga sangat membantu kami semua dalam menambah kualiti pasukan kami dan perkara itu boleh dilihat dalam beberapa perlawanan sebelum ini terutama ketika menentang JDT (Johor Darul Ta’zim), ” katanya.

Muhammad Faizal Mohd Arif

Daripada empat perlawanan, skuad kendalian Frank Bernhardt itu telah mengutip empat mata secara keseluruhan untuk menduduki tangga kesembilan walaupun mereka bermula perlahan melalui dua kekalahan awal iaitu 0-2 di tangan Melaka FA dan 1-2 kepada JDT namun mereka bangkit menerusi keputusan seri 1-1 berdepan Kedah sebelum meraih kemenangan sulung, 3-1 apabila bertemu PDRM.

Berumur 19 tahun, Muhd. Nashran Elias merupakan pemain paling muda dalam pasukan UiTM sementara pemain paling tua pula ialah bintang import dari Lubnan, Rabih Ataya yang berusia 31 tahun.

Dalam pada itu, Faizal berasa teruja melihat perkembangan dua liga terkemuka, iaitu Bundesliga dan K- League sudah dapat disambung di tengah krisis penularan wabak pandemik COVID-19 belum berakhir sekali gus memberikan harapan buat Liga Malaysia.

Tambahnya, jika kedua-dua liga di negara terbabit dapat dijalankan walaupun kes jangkitan COVID-19 jauh lebih tinggi berbanding Malaysia, dia berasakan tiada apa yang mustahil melihat Liga Malaysia boleh bersambung asalkan mengikuti Standard Operasi Procedure (SOP) yang betul.

“Apa yang berlaku di sana membolehkan kita boleh belajar sesuatu dan saya tidak nampak kenapa pegawai serta pemain di sini tidak mampu ikuti segala SOP yang disediakan nanti asalkan liga kita dapat kembali bersambung.

“Isu main di stadium kosong tanpa penonton dan beberapa langkah lain yang turut diambil seperti proses saringan,bagi saya tiada masalah kerana semua pihak memahami norma baharu yang kita sedang hadapi.

“Saya tidak mahu melihat liga kita musim ini dibatalkan kerana banyak mudarat daripada kebaikan terutamanya ‘periuk nasi’ pemain yang pasti terjejas selain masa depan liga kita sendiri, ” katanya.

Kredit foto: UiTM FC

Baca artikel lain dari kami mengenai UiTM FC:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN