Jurgen Klopp: Tak Adil Jika Liverpool Tidak Bergelar Juara EPL

Jurgen Klopp

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp tanpa berselindung mengakui adalah sesuatu yang tidak adil sekiranya gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak diberikan kepada skuad bimbingannya.

The Reds nyata di kelas mereka yang tersendiri apabila mendahului juara bertahan, Manchester City dengan terlalu jauh [25 mata] ketika baki saingan hanya berbaki sembilan perlawanan untuk ditamatkan.

Sehubungan dengan itu, Liverpool hanya memerlukan dua kemenangan sahaja lagi menamatkan penantian kemarau panjang bagi menjulang trofi liga paling popular di dunia itu.

Keadaan tersebut membuatkan pengendali kelahiran Jerman itu merasakan adalah tidak adil jika hak mereka dinafikan susulan serangan ‘menggila’ wabak COVID-19 yang memaksa kempen liga ditangguhkan buat sementara.

”Ada pendapat dari orang ramai mahu mengumumkan bahawa saingan liga musim ini dibatalkan dan tidak sah. Oleh itu, anda berfikir: ‘Huh? Kami telah bermain 76 peratus pada musim ini dan anda hanya mahu untuk menghapuskan semua perkara itu?”

”Secara peribadi saya berpendapat itu adalah sesuatu yang tidak adil, hanya dengan mengatakan itu tidak berlaku,” ujar Klopp menurut laporan Goal.

Embed from Getty Images

”Kami berada di tempat pertama di kedudukan tempat sendiri dan gelanggang lawan. Ini adalah musim di mana kami seharusnya muncul sebagai juara.”

Dalam pada itu, Klopp turut mengakui terdapat perkara lain yang lebih penting daripada menggenggam piala kebanggaan tersebut.

”Menghadapi krisis adalah perkara yang paling penting. Tetapi ia tidak bermakna perkara-perkara tertentu tidak penting sama sekali hanya kerana tidak terlalu penting buat mereka.”

”Saya merasakan ada perkara yang lebih buruk berbanding daripada tidak menjadi juara. Ramai orang sekeliling kami menghadapi masalah besar.”

”Orang meninggal, ia sentiasa berlaku tetapi pada ketika ini kerana virus yang kita tidak tahu dan tidak ada sesiapa yang dapat menangkisnya,” ujar Klopp lagi.

Kredit featured image: Shaun Botterill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Jurgen Klopp:

Leave a Reply