Bruno Fernandes sekali lagi menjadi watak penting buat prestasi cemerlang Manchester United sejak saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) kembali bersambung dengan menjaringkan gol pembukaan ketika menumpaskan Aston Villa 3-0 pada awal pagi tadi.
Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu meneruskan rekod tanpa kalah dalam 17 perlawanan dalam semua pertandingan dan merapatkan kedudukan dengan pasukan di tangga keempat, Leicester City dengan perbezaan hanya satu mata ketika empat perlawanan berbaki.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Villa Park itu, pasukan tuan rumah berpeluang untuk mendahului perlawanan menerusi percubaan Jack Grealish yang tersasar dan Trezeguet yang terkena tiang.
Namun nasib lebih menyebelahi United apabila pengadil, Jon Moss menganugerahkan penalti apabila Ezri Konsa didakwa menjatuhkan Fernandes dalam kotak penalti. Pemain tengah Portugal itu mudah menewaskan penjaga gol Villa, Pepe Reina untuk gol pertama United.
6 – Bruno Fernandes has registered six assists after 10 Premier League appearances, the joint-most alongside Arjen Robben, Ángel Di María, Mesut Özil, Lee Sharpe, David Ginola and Dusan Tadic. Brotherhood. pic.twitter.com/rRm3Z4Av7D
— OptaJoe (@OptaJoe) July 9, 2020
United terus mengasak kubu Villa dengan deretan percubaan termasuk dari Anthony Martial, Fernandes dan Greenwood, namun Reina berjaya menyelamatkan gawangnya dari terus dibolosi sehinggalah Greenwood meledak gol kedua ketika separuh masa pertama hampir tamat.
Penyerang berusia 18 tahun itu yang menerima hantaran pendek Martial membuat rembatan padu menggunakan kaki kanannya dari luar kotak penalti ke arah kanan gol yang juga merupakan gol ke-16 peribadinya musim ini.
Malam gemilang United dilengkapkan dengan gol ketiga hasil kebijaksanaan Fernandes yang membuat hantaran dari sepakan penjuru kepada Paul Pogba yang menunggu di luar kotak penalti sebelum pemain tengah Perancis itu melencongkan bola dari luar kotak menembusi gawang Villa.
4 – Manchester United are the first side in @premierleague history to win four consecutive games by a margin of 3+ goals, with the last team to do so in the English top-flight being Liverpool in October 1987. Powerhouse. pic.twitter.com/5B2wmxEngS
— OptaJoe (@OptaJoe) July 9, 2020
Dalam sidang media selepas perlawanan, Solskjaer memuji bakat dan kematangan Greenwood yang membuktikan beliau kini merupakan salah seorang pemain muda terbaik dunia.
“Semasa saya tiba di kelab ini, saya menonton satu perlawanan skuad muda United di mana pasukan kami menewaskan Chelsea dengan dia [Greenwood] menjaringkan tiga gol. Bermula dari situ saya percaya dia adalah penjaringkan gol semula jadi dan mempunyai kawalan bola yang sangat baik.
“Sekarang ini bakatnya semakin berkembang selepas diberi peluang beraksi dengan pemain-pemain hebat lain dalam skuad utama. Dia cuma perlu terus menikmatinya.”
Greenwood adalah pemain keempat berusia 18 tahun dan kebawah yang berjaya menjaringkan gol dalam tiga perlawanan EPL berturut-turut seleain Danny Cadamarteri, Michael Owen dan Francis Jeffers.
3 – Mason Greenwood is only the second teenager to score in three consecutive Premier League appearances for Manchester United (18y 282d), following on from Wayne Rooney back in February 2005 (19y 125d). Cubs. pic.twitter.com/B4ujuCRwaN
— OptaJoe (@OptaJoe) July 9, 2020
Dalam pada itu, pengurus Villa, Dean Smith ternyata tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil memberikan sepakan penalti kepada United walaupun EPL kini sudah pun menggunakan VAR untuk menyemak sesuatu keputusan.
“Saya boleh faham jika Jon Moss tersilap, tetapi apa yang VAR buat? Ia satu keputusan yang memalukan liga ini. Mereka ada skrin untuk mereka pegi dan lihat semula kejadian tersebut, tetapi mereka seolah-olah tak peduli dengan kesilapan yang berlaku,” ujar Smith.
Kekalahan itu menjadikan kedudukan Villa kini semakin kritikal di zon penyingkiran. Dalam 10 perlawanan terakhir, pasukan itu hanya mengutip dua mata sahaja dengan 8 kekakalahan.