England FA Cadang Peraturan Lebih Ketat Untuk Pemain Yang Melakukan Simulasi

England FA cadang peraturan lebih ketat untuk menghukum para pemain yang melakukan simulasi atau diving ketika dalam aksi perlawanan bola sepak.

Perkara ini dilakukan untuk menghalang masalah pemain melakukan simulasi untuk mendapatkan sepakan percuma atau sepakan penalti dari pengadil yang sudah semakin tidak terkawal dalam bola sepak Inggeris.

Boleh diatasi

England FA telah menghantar wakil mereka ke Scotland untuk mempelajari bagaimana peraturan untuk menghukum pemain yang melakukan simulasi.

Di Scotland, pemain yang melakukan kesalahan simulasi akan diberikan hukuman pergantunggan 2 perlawanan. Ia jauh lebih keras berbanding peraturan yang digunapakai di England.

Di England, pemain yang melakukan simulasi akan dianggap sebagai “tidak menunjukkan semangat kesukanan” dan jika tindakan itu dikesan pengadil, pemain akan diberikan amaran sahaja.

Di Scotland, pemain Heart of Midlothian iaitu Jamie Walker dihukum Scotland FA dengan hukuman pergantunggan 2 perlawanan selepas melakukan simulasi yang “mendorong kepada pengadil untuk melakukan keputusan yang salah” ketika menentang Celtic.

https://www.youtube.com/watch?v=wIG7zG4UtTs

Bagi pengurus Burnley Sean Dyche, beliau sangat bersetuju dengan tindakan England FA untuk mengatasi masalah-masalah ini dengan mengetatkan lagi peraturan mereka.

Menurut Dyche, jika hukuman terhadap pemain yang melakukan simulasi dilaksanakan dengan lebih ketat. Ia akan ‘menyembuhkan’ bola sepak daripada masalah pemain melakukan simulasi.

Di England, kebanyakan akhbar di sana melaporkan beberapa pemimpin tertinggi di England FA telah mendesak agar pengenalan peraturan baharu untuk pemain yang melakukan simulasi diselesaikan dengan segera.

Ini membuktikan England FA komited untuk membunuh gelaja pemain melakukan simulasi di liga-liga profesional di England.

Semakin menjadi-jadi

England FA cadang peraturan baharu ini selepas pemain Hull City, Robert Snodgrass tampil membuat permohonan maaf diatas perbuatan beliau melakukan simulasi demi mendapatkan sepakan penalti untuk pasukannya ketika menentang Crystal Palace.

Selain itu juga, Dele Alli juga pernah menerima kecaman diatas tindakan beliau melakukan simulasi untuk mendapatkan penalti ketika perlawanan menentang Swansea City tempoh hari.

Diharap dengan tindakan England FA cadang peraturan baharu ini dapat membantu meningkatkan mutu permainan bola sepak di masa akan datang.

Baca juga: Neymar Pemain Termahal Di Dunia Bukan Messi Atau Ronaldo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN