Projek Chinese Super League Yang Diyakini Pelabur (Bahagian 1)

Projek Chinese Super League semakin menjadi pilihan ramai pemain bola sepak. Beberapa musim lalu, MLS dilabel sebagai pusat persaraan pemain-pemain bintang.

Senario di Chinese Super League pula hampir sama beberapa musim yang lalu ketika Nicholas Anelka dan Didier Drogba masuk ke kelab Chinese Super League di akhir karier.

Drogba dan Anelka

Drogba dan Anelka meninggalkan China dan kembali ke Eropah dan satu ketika mereka turut kembali ke EPL menyertai Chelsea dan West Brom.

Hari ini senario berbeza. Ramai pemain yang masih dalam kemuncak karier dan masih ada permintaan tinggi di pasaran Eropah pergi ke China.

Hulk, Alex Texeira, Ramires, Gervinho, Pelle, Oscar, Tevez, Axel Witsel dan ramai lagi pemain pergi ke China bukan atas kapasiti bakal pesara.

Kelab Chinese Super League – Jiangsu Suning

Ramai juga pengurus berprofil tinggi sedang bertugas di China pada hari ini.

Persoalannya, kenapa kelab kelab Chinese Super League begitu kaya? Dalam artikel lama kami bertajuk Mengapa Billionaire China Mula Melabur Duit Dalam Sukan Bola Sepak sebelum ini, kami ada menggariskan beberapa sebab hal ini berlaku.

Namun dalam artikel kali ini, kami ingin menceritakannya dengan lebih terperinci tentang projek Chinese Super League.

Kuasa kewangan kelab China

Ia seakan-akan tidak ada batasan. Mereka seakan-akan tidak ada kerisauan untuk berbelanja, sama ada untuk mendapatkan pemain ataupun membayar gaji pemain. Semua kita tahu akan kuasa ekonomi China.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte pernah melabel kuasa beli dan cara kelab China berbelanja adalah ancaman kepada bola sepak dunia.

Ramai penyokong mulai risau akan potensi kehilangan pemain bintang. Bagi pihak kelab, mereka sudah pasti tergoda dengan bidaan yang sangat tinggi untuk pemain mereka. Ada juga pemain yang mendesak untuk menerima bidaan tersebut.

Musim lalu sahaja mereka memecahkan 4 rekod perpindahan di Asia. Dan keempat-empat proses itu adalah melibatkan sesama mereka.

Xi Jinping menyelamatkan projek Chinese SuperLeague

Xi Jinping bukan seperti beberapa ahli politik atau beberapa presiden negara lain negara lain yang cuma tumpang gembira dengan kemenangan pasukan yang beliau sokong.

Beliau kerap hadir ke stadium. Pegawai-pegawai kerajaan China tahu betapa obsesnya Xi Jinping terhadap bola sepak. Beliau boleh murung jika pasukan kebangsaan China kalah.

Sebelum ini ramai pelabur dan billionaire China melabur dalam projek fasa pertama revolusi bola sepak China sekitar 2009. Namun terlalu banyak skandal mengatur perlawanan.

Hal ini membantutkan perkembangan bola sepak di China, jangan kata di Asia, di peringkat domestik pun mereka sudah kucar-kacir. Ramai yang didakwa kerana skandal bola sepak.

Pada tahun 2013, Presiden China Xi Jinping mulai campur tangan lebih mendalam.

Perangi korupsi dalam bola sepak China

Xi Jinping mengarahkan operasi besar-besaran mengeluarkan nama pihak yang terlibat dalam skandal judi bola sepak dan mengatur perlawanan.

Badan Pentadbir Sukan China mengetatkan peraturan, mana-mana pasukan yang terlibat dengan skandal mengatur perlawanan, kelab mereka boleh dilenyapkan daripada liga profesional.

Sekitar 2012 dan 2013, 88 orang telah dikenakan hukuman atas pelbagai kesalahan melibatkan korupsi dalam bola sepak. Ramai digantung seumur hidup daripada terlibat dalam aktiviti bola sepak.

Cita-cita besar Xi Jinping dan China

Beliau kemudian menggariskan aspirasi untuk menjadikan China sebagai hub bola sepak Asia. Ia adalah fasa penting untuk China menjadi kuasa bola sepak Asia pada 2030 dan dunia menjelang 2050.

Mereka pernah lakukannya dalam sukan lain. Kenapa tidak bola sepak? Mereka ada populasi sangat besar untuk menjadi kuasa olimpik. Mereka pernah melahirkan pemenang pingat emas 110m lari berhalangan iaitu Lu Xiang.

Mereka pernah melahirkan Yao Ming di pentas NBA dan ramai lagi atlit yang terlibat dalam sukan ‘orang Barat.’

Keyakinan pelabur ke atas industri bola sepak meningkat!

Melihat kepada kesungguhan Xi Jinping, ia menarik semula keyakinan para pelabur, billionaire serta syarikat-syarikat mega untuk terlibat dalam bola sepak.

Sebelum ini mereka tidak yakin bola sepak adalah perlaburan yang baik. Semakin banyak syarikat gergasi menjadikan kelab bola sepak seabagai subsidiari besar mereka.

Antaranya Evergrande Group dan Alibaba bergabung untuk melabur dalam kelab Chinese Super League – Guangzhou Evergrande. Suning Group, Jiangsu Suning, dan Greenland Holdings bergabung untuk Shanghai Greenland Shenhua.

Fuh! 1 Syarikat daripada 5 yang kami senaraikan di atas pun sudah memiliki aliran kewangan yang tidak terkira banyaknya. Apatah lagi mereka bergabung untuk menjadi rakan bersama dalam satu kelab.

Ini adalah senarai kelab-kelab dalam CSL dan pemilik-pemilik mereka. Anda lihatlah sendiri nama-nama syarikat tersebut.

Pemilikan dan perlaburan global

Era Xi Jinping, juga menyaksikan kuasa China ke atas pemilikan kelab Eropah. Dalam artikel The Telegraph bertajuk Great haul of China yang diterbitkan September 2016 mereka menceritakan beberapa kelab di Eropah telah dimiliki ataupun dikuasai oleh pelabur China.

Aston Villa, Wolverhampton Wanderers dan West Bromwich Albion dimiliki penuh oleh orang China.

3 daripada sekitar 20 pengambilalihan penuh atau sebahagian kelab-kelab bola sepak Eropah tersebut dilakukan mereka kurang daripada dua tahun.

Manchester City, Atletico Madrid dan Lyon adalah antara kelab yang memiliki pegangan saham besar oleh pelabur China. Kelab seperti Inter Milan, Espanyol, Nice dan Slavia Prague telah dibeli secara keseluruhannya.

Xi Jinping sendiri kerap melawat kelab-kelab di Eropah yang ada kaitan dengan pemilik ataupun pelabur dari negara beliau.

Mereka bakal melihat nama syarikat gergasi China berdiri megah pada stadium baru Atletico Madrid tidak lama lagi yang diberi nama Wanda Metropolitano.

Rumusan

Prospek menyakinkan projek Chinese Super League membuatkan ramai pelabur lebih berani untuk melaburkan lebih banyak wang.

Trend untuk mendapatkan bakal-bakal persara di Eropah mulai diubah kepada mencari pemain bintang di Eropah.

Pemain seperti Tevez mungkin dalam kategori bakal persara, namun beliau masih ada permintaan yang tinggi di pasaran Eropah dan masih ada kualiti yang baik. Mereka mulai menjadi pesaing kelab-kelab besar di Eropah.

Axel Witsel, adalah pemain sasaran Juventus namun Juve mengesahkan mereka terpaksa mengalah kerana pemain tersebut menolak untuk menyertai mereka dan pergi ke China.

Begitu juga kes Alex Texeira sebelum ini yang menjadi sasaran utama Liverpool.

Perlahan-lahan mereka mulai mengejar Major League Soccer yang sebelum ini menjadi projek mega di USA.

Namun di sebalik kemeriahan hasil projek Chinese Super League , Xi Jinping memandang serius langkah untuk menjadikan pasukan kebangsaan mereka sebagai kuasa bola sepak dunia.

Beberapa minggu yang lalu beliau menegur cara berbelanja kelab-kelab China sehingga mengabaikan pembangunan bakat tempatan. Beliau menyarankan agar kuota import dikurangkan kepada 4 pemain sahaja.

Dalam bahagian kedua esok, kami akan menyenaraikan alasan kenapa syarikat-syarikat besar ini sanggup melabur billion daripada duit mereka untuk projek Chinese Super League?

[adrotate group=”6″]

Baca juga: Chinese Super League: Pelan Jangka Panjang Untuk Bola Sepak China

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN