Penyerang Dalam Permainan Football Manager: Apa Perbezaannya?

Penyerang adalah sumber paling utama bagi pasukan anda untuk mendapatkan gol. Dalam Football Manager, penyerang mempunyai banyak jenis peranan dan tugasan.

Banyak sehinggakan inbox emel dan Facebook kami dipenuhi dengan soalan: apa bezanya antara semua roles ini?

Dalam artikel ini, kami akan terangkan perbezaan setiap peranan (roles) bagi penyerang dalam permainan Football Manager.

1. Deep lying forward

Apa yang mereka lakukan ketika pasukannya mempunyai bola:

Tugas utamanya adalah menghubungkan jentera tengah dengan jentera serangan. Apa yang membezakan mereka dengan target man adalah mereka lebih suka menerima bola di kaki. Bukan di udara.

Deep lying forward (support) sesuai untuk pasukan yang menerapkan team shape flexible dan fluid.

Deep lying forward (attack) sesuai untuk pasukan yang menerapkan team shape highly structured dan structured.

Apa yang mereka lakukan ketika pasukannya kehilangan bola:

Mencari ruang di bahagian sayap sebagai persiapan untuk menerima bola jika pasukannya berjaya merampas penguasaan bola.

Contoh: Karim Benzema, Gonzalo Higuaín, Robert Lewandowski

2. Advanced forward

Apa yang mereka lakukan ketika pasukannya mempunyai bola:

Tugas utamanya adalah menggelecek dan menewaskan pemain lawan dengan skil gelecekan dan kelajuannya setiap kali menerima bola.

Beza mereka dengan poacher adalah, mereka boleh bermain secara berseorangan.

Dalam Football Manager, advanced forward hanya mempunyai tugasan (duties) attack kerana mereka takkan turun ke bawah mengutip bola atau membantu pasukannya bertahan.

Advanced forward (attack) sesuai untuk pasukan yang menerapkan team shape highly structured dan structured.

Apa yang mereka lakukan ketika pasukannya kehilangan bola:

Kekal berada di atas dan mencari ruang di bahagian sayap sebagai persiapan untuk menerima bola jika pasukannya berjaya merampas penguasaan bola.

Contoh: Jamie Vardy, Bertrand Traore, Marcus Rashford

3. Target man

Apa yang mereka lakukan ketika pasukannya mempunyai bola:

Tugas utamanya hampir sama dengan deep lying forward.

Cuma mereka lebih banyak menggunakan kekuatan fizikal (balance, strength) dan kemahiran menanduknya (jumping, heading) untuk mencipta peluang kepada pemain lain.

Target man (support) sesuai untuk pasukan yang menerapkan team shape flexible dan fluid.

Target man (attack) sesuai untuk pasukan yang menerapkan team shape highly structured dan structured.

Contoh: Olivier Giroud, Sam Vokes, Peter Crouch, Edin Dzeko

4. Poacher

Apa yang mereka lakukan ketika pasukannya mempunyai bola:

Tugas utamanya hampir sama dengan advanced forward.

Cuma mereka tak berapa pandai menggelecek untuk menewaskan pemain lain setiap kali menerima bola. Mereka perlukan sokongan daripada pasangan penyerang lain.

Dalam Football Manager, poacher hanya mempunyai tugasan (duties) attack kerana mereka takkan turun ke bawah mengutip bola atau membantu pasukannya bertahan.

Poacher (attack) sesuai untuk pasukan yang menerapkan team shape highly structured dan structured.

Apa yang mereka lakukan ketika pasukannya kehilangan bola:

Kekal berada di atas dan mencari ruang di bahagian sayap sebagai persiapan untuk menerima bola jika pasukannya berjaya merampas penguasaan bola.

Contoh: Jamie Vardy, Bertrand Traore, Marcus Rashford

5. Complete forward

Apa yang mereka lakukan ketika pasukannya mempunyai bola:

Mereka bagaikan gabungan deep lying forward, advanced forward dan target man dalam satu pemain.

Memberi pemain anda peranan ini samalah seperti berkata ‘buatlah apa saja yang anda suka’ kepada penyerang anda.

Complete forward (support) sesuai untuk pasukan yang menerapkan team shape flexible, fluid dan very fluid.

Complete forward (attack) sesuai untuk pasukan yang menerapkan team shape very fluid sahaja.

[adrotate group=”6″]

Apa yang mereka lakukan ketika pasukannya kehilangan bola:

Merayau-rayau mencari ruang di tengah dan bahagian sayap sebagai persiapan untuk menerima bola jika pasukannya berjaya merampas penguasaan bola.

Contoh: Zlatan Ibrahimovic, Diego Costa, Robert Lewandowski, Edinson Cavani, Harry Kane, Luis Suarez

Sumber: Michael Regan/Getty Images

6. Defensive forward

Apa yang mereka lakukan (ketika pasukannya mempunyai bola):

Mereka adalah penyerang yang tak semestinya berskil. Tetapi sangat rajin mengejar bola, berstamina tinggi dan mempunyai teamwork yang tinggi.

Defensive forward (support) sesuai untuk pasukan yang menerapkan team shape flexible dan fluid.

Defensive forward (defend) sesuai untuk pasukan yang menerapkan team shape very fluid sahaja.

Apa yang mereka lakukan ketika pasukannya kehilangan bola:

Dalam tugasan (defend), mereka akan mengganggu rentak hantaran pemain tengah lawan. Dalam tugasan (support), mereka akan mengganggu rentak hantaran pemain pertahanan tengah lawan.

Contoh: Steven Naismith, Dirk Kuyt, Alexis Sanchez

7. Trequartista

Apa yang mereka lakukan ketika pasukannya mempunyai bola:

Trequartista adalah penyerang yang hampir sama tugasnya dengan deep lying forward. Tetapi berbeza dengan deep lying forward, mereka bebas bergerak ke mana-mana yang mereka suka.

Ini kerana trequartista mempunyai tugas ‘free role’.

Dalam Football Manager, trequartista hanya mempunyai tugasan (duties) attack kerana mereka takkan membantu pasukannya bertahan.

Trequartista (attack) sesuai untuk pasukan yang menerapkan team shape very fluid sahaja.

Contoh: Francesco Totti, Juan Roman Riquelme

8. False nine

Apa yang mereka lakukan ketika pasukannya mempunyai bola:

Jika deep lying forward dan trequartista gemar turun ke bawah untuk mengutip bola, false nine akan turun lebih bawah lagi daripada deep lying forward dan trequartista untuk mengutip bola.

Secara asasnya mereka bagaikan perancang yang bermain di posisi penyerang.

Beza false nine dengan trequartista adalah false nine tidak mempunyai tugas ‘free role’.

Dalam Football Manager, false nine hanya mempunyai tugasan (duties) support kerana mereka sentiasa akan turun ke bawah untuk mengutip bola.

False nine (support) sesuai untuk pasukan yang menerapkan team shape flexible dan fluid.

Apa yang mereka lakukan ketika pasukannya kehilangan bola:

False nine akan kekal di posisi penyerang dan membantu pasukannya bertahan. Tetapi tidak seintensif defensive forward.

Contoh: Lionel Messi, Christian Eriksen, Humberto Suazo, Alexis Sanchez

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN