Neymar Pemain Termahal Di Dunia Bukan Messi Atau Ronaldo

CIES iktiraf Neymar pemain termahal di dunia bukannya Lionel Messi atau Cristiano Ronaldo. CIES Football Observatory adalah satu badan kajian sukan antarabangsa yang berpangkalan di New Zealand.

CIES Football Observatory mengiktiraf Neymar pemain termahal dengan nilai £216 juta. Rakan beliau di Barcelona Lionel Messi pula di tempat kedua dengan nilai £149 juta.

Paul Pogba pula diletakkan di tangga ke-3 dengan nilai £132 juta. Ia peningkatan sekitar £52 juta daripada harga yang dibayar oleh Manchester United ke atas beliau sebelum ini.

Di tempat ke-4 dan ke-5 masing-masing, Antoine Griezmann (£132 juta) dan Luis Suarez (£127 juta).

Antoine Griezmann meningkat mendadak dalam pasaran dunia kerana aksi konsisten sepanjang tahun 2016. Luis Suarez turut cemerlang pada musim lalu.

Cristiano Ronaldo berada di tangga ke-7 dengan nilai £111 juta di belakang Harry Kane (tagga ke-6). Ia mungkin dipengaruhi faktor usia beliau meskipun memenangi 2 Anugerah besar, FIFA Best Player dan Ballon d’Or 2016.

Neymar pemain termahal

Hanya Harry Kane (£122 juta) dan Delle Alli (£96 juta) pemain Inggeris yang berada di senarai 10 teratas. Pemain muda Juventus, Paul Dyabala menjadi satu-satunya pemain Serie A di senarai 10 teratas.

Namun CIES melaporkan pemain dari EPL mendominasi senarai 100 teratas. Ada seramai 42 pemain EPL daripada senarai 100 teratas pemain termahal oleh CIES Football Observatory.

Antaranya termasuk Eden Hazard (£89j uta), Anthony Martial (£81 juta), Raheem Sterling (£75juta), Sadio Mane (£60 juta) dan Jamie Vardy (£45juta).

Kajian CIES Football Observatory adalah berdasarkan algoritma nilai perpindahan pemain semasa mengambil kira kehendak pasaran semasa, prestasi semasa dan baki kontrak semasa.

Anda boleh rujuk senarai penuh di sini:

Laporan 100 Pemain Termahal CIES January 2017

Pasti ada yang agak terkejut apabila CIES iktiraf Neymar pemain termahal mengatasi Lionel Messi dalam pasaran semasa.

Laporan kali ini rata-rata menunjukkan harga pemain yang dinilai lebih mahal kerana berlaku inflasi pada pasaran pemain. Ia turut dipengaruhi impak Brexit dan kuasa beli dari China.

[adrotate group=”6″]

Baca juga: Neymar Lancar Karier Nyanyian Bawah Nama ‘Neymusico’, Rasmi Dengan 4 Assists Lawan Celtic

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN