Endrick Dos Santos ‘Rehat’ Panjang, Penang FC Masih Ada Danial Ashraf

Danial Ashraf Penang FC Selangor FC 2021

Dikhabarkan pemain tengah, Endrick dos Santos bakal terlepas lagi aksi Penang FC ketika melayan kunjungan Perak FC dalam aksi minggu ke-6, Liga Super 2021.

Pemain tengah berusia 26 tahun itu merupakan tonggak utama skuad Harimau Kumbang sejak musim lalu dan telah beraksi dalam empat perlawanan musim ini sebelum disisihkan pada perlawanan kelima liga berdepan Selangor tempohari.

Pemain yang bertindak sebagai kapten pasukan sejak permulaan musim 2021 itu dilihat mengalami kecederaan ketika mereka terikat tanpa jaringan berdepan UiTM FC pada aksi minggu ke-4 dan hanya sempat beraksi selama 57 minit permainan.

Bergandingan bersama David Rowley, Endrick dos Santos dilihat mengemudi dengan baik jentera tengah Penang dalam mengatur asakan ke kubu lawan dan bagaimana mereka akan melalui perlawanan selepas ini tanpa sentuhannya di tengah?

Menurut pengendali Penang, Tomas Trucha, Endrick dos Santos mungkin akan berehat lebih panjang daripada jangkaan awal mereka selepas gagal untuk pulih ketika rehat dua minggu untuk memberi laluan buat kem latihan skuad kebangsaan.

Jelasnya mengenai status kecederaan pemain itu, “Endrick memerlukan masa yang lebih panjang untuk sembuh sementara yang lain bersedia [untuk diturunkan].”

Dalam aksi berdepan Selangor, Penang telah mempertaruhkan Danial Ashraf, pemain yang baru dibawa masuk daripada Kelantan FC untuk saingan musim 2021.

Danial Ashraf mula diturunkan ketika berdepan UiTM FC untuk menggantikan Endrick dos Santos yang mengalami kecederaan dalam aksi babak kedua. Dan berada dalam kesebelasan utama berdepan Selangor, beliau mempamerkan taringnya.

Beliau menggempur benteng Selangor yang diterajui dua bek tengah import, Tim Heubach dan Jordan Ayimbila seterusnya berhasil meledak gol kedua Penang untuk menundukkan The Red Giants 2-0 di gelanggang lawan pada 20 Mac lalu.

Ujarnya, “Bagi saya, gol memang penting bukan sahaja untuk kepuasan diri sendiri tetapi juga buat pasukan. Jadi apabila kita sudah menjaringkan gol dan itu adalah gol kemenangan, memang lagi membuak-buak untuk buat benda sama lepas ini.”

Bercakap mengenai keserasian bersama rakan sepasukan, ungkapnya “Kalau dari segi keserasian, jujurnya belum cukup lagi sebab saya baru beraksi dalam dua perlawanan.”

“Jadi kalau lepas ini jurulatih bagi peluang lagi kepada saya, saya percaya tahap kesefahaman akan lebih tinggi berbanding sebelum ini. Kita baru sahaja tewas satu kali dan saya yakin selepas ini semua pemain akan melawan habis-habisan untuk bertemu Perak agar kita terus mampu mengutip mata,” ujar Danial Ashraf.

Sebagaimana komen Tomas Trucha mengenai pemain Perak, Danial Ashraf juga berkongsi pendapat yang The Bos Gaurus memiliki pemain yang bagus. Jika Tomas Trucha mahukan 15 pemain Perak untuk menjadi pemainnya, pemain berusia 24 tahun itu pula berkata yang pemain-pemain lawan bukanlah biasa-biasa.

Perak akan berkunjung ke Stadium Bandaraya untuk aksi keenam Liga Super dengan momentum terbaik selepas mengikat JDT dengan keputusan seri 2-2 sebelum ini.

KREDIT FEATURED IMAGE: PENANG FC

Baca lagi artikel lain mengenai Danial Ashraf dan Penang FC:

Senarai Gol ‘Paling Padu’ (Mac) Liga Super Malaysia 2021

Terikat Tanpa Jaringan, Tomas Trucha Beri Bayangan ‘Overhaul’ Jentera Serangan

Liga Super 2021: Selepas 15 Tahun, Penang FC Kembali Kejutkan Selangor FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN