Emiliano Martinez: Wira Tidak Didendang Yang Terbuang

Emiliano Martinez

Penjaga gol Arsenal, Emiliano Martinez dilaporkan telah melengkapkan pemeriksaan perubatan di Villa Park dan akan diumumkan sebagai pemain baharu Aston Villa dalam masa terdekat selepas selesai rundingan gaji dan beberapa terma peribadi.

Menurut laporan BBC, Arsenal telah pun menerima tawaran £20 juta untuk penjaga gol Argentina tersebut selepas pilihan utama mereka Bernd Leno telah kembali cergas sepenuhnya dan diturunkan ketika aksi pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Fulham (EPL) tempoh hari.

Pemain berusia 28 tahun itu yang masih mempunyai dua tahun baki kontrak bersama Arsenal telah merekodkan sembilan perlawanan tanpa bolos dalam 23 perlawanan pada musim lepas dan membantu kelab tersebut menjuarai Piala FA disamping menjulang Perisai Komuniti dengan menewaskan Liverpool baru-baru ini.

Bagaimanapun, di sebalik kejayaannya bersama The Gunners itu, tidak ramai yang tahu mengenai kisah pengorbanan Martinez yang meninggalkan negara kelahirannya untuk menyertai Arsenal pada 10 tahun lalu demi untuk membantu keluarganya yang hidup dalam kemiskinan.

Menyertai akademi Arsenal ketika berusia 16 tahun, beliau telah dipinjamkan kepada enam kelab berbeza bermula dengan Oxford United, kemudian Sheffield Wednesday, Rotherham United, Wolverhampton Wanderers, Getafe dan yang terakhir Reading pada musim 2018/19.

Beberapa penjaga gol utama Arsenal silih berganti dan Martinez sekadar menjadi sandaran buat Wojciech Szczesny, Peter Cech serta Leno sehinggalah penjaga gol Jerman itu mengalami kecederaan lutut dan barulah beliau berpeluang menjadi penjaga gol utama buat sementara di Emirates.

https://twitter.com/AimBoto_TIL/status/1304163982903779330?s=20

Lahir dalam keluarga yang daif, Martinez pernah menceritakan bagaimana ibu bapanya bergelut untuk membesarkan beliau dan adik beradiknya yang lain.

“Keluarga saya bergelut dengan masalah kewangan. Saya juga melihat adik dan ibu saya menangis kerana berat untuk membenarkan saya meninggalkan Argentina. Saya juga pernah melihat bapa saya menangis ketika lewat malam kerana tidak mampu membayar bil,” kata Martinez.

Kini penyokong Arsenal tidak perlu lagi berdebat adakah Emiliano Martinez atau Bernd Leno lebih layak untuk terus menjadi benteng terakhir pasukan kerana mereka telah pun kehilangan seorang pemain yang sangat berdedikasi dan berjiwa besar.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN