Apa Komen Arteta Mengenai Elneny, Willian & Gabriel Selepas Benam Fulham

Arsenal 3-0 Fulham Arteta Willian

Fenomenal Elneny, prestasi Willian dan aksi mengagumkan Gabriel antara intipati sidang media pengendali Arsenal, Mikel Arteta sejurus kemenangan malam tadi.

Arsenal menang 3-0 ke atas Fulham dalam aksi yang berlangsung di Craven Cottage dengan Alexandre Lacazette, Gabriel dan kapten, Pierre-Emerick Aubameyang telah menyumbang satu gol. Menariknya, ketiga-tiganya melibatkan pemain baru, Willian.

Fenomenal Mo Elneny!

Menurut Arteta, pemain asal Mesir itu telah bermain dengan begitu baik di jentera tengah. Sepanjang musim lalu, beliau telah dipinjamkan ke Besiktas dan telah membuat 36 penampilan. Beliau jelas telah mengisi jentera tengah dengan baik.

“Dalam aksi hari ini, dia sangat fenomenal!” tegasnya sambil berkata yang beliau sukakan komitmen yang telah dipamerkan oleh bekas rakan sepasukannya itu. Sebelum ini, mereka pernah bermain bersama di Arsenal pada musim 2015/16.

Semua perlu contohi Willian

Menyertai Arsenal musim ini secara percuma, Willian bukanlah pemain yang boleh diambil mudah. Beliau mempunyai gaya permainan yang menakjubkan dan dalam aksi malam tadi, beliau terlibat dalam semua gol yang telah dijaringkan mereka.

Arteta tidak menyembunyikan rasa gembiranya dengan apa yang ditonjolkan pemain berusia 32 tahun itu untuk debutnya. Katanya, “Itulah yang kita harapkan. Saya amat gembira dengan apa yang dipamerkan mereka ketika dalam sesi latihan.”

“Tetapi pemilihan pemain jadi semakin sukar. Saya rasa semua pemain yang ada di bangku simpanan dan yang kita tidak bawa bersama [lihat bagaimana aksi Willian]. Mereka perlu tingkatkan tahap permainan untuk meningkatkan pasukan,” tambahnya.

https://twitter.com/GurjitAFC/status/1304878458993102848

“Saya tahu Willian akan terus pamerkan aksi sebaik itu [untuk debutnya]. Dia sudah kenal liga ini, negara dan sudah sesuaikan diri di sini,”ulas Arteta lagi tentang Willian.

Aksi pertama Gabriel selepas enam bulan

Tidak disangka pertahanan tengah baharu Arsenal ini bakal meledak satu gol dalam aksi sulungnya. Beliau juga cemerlang di benteng dalam aksi pertamanya dan paling mengagumkan pengendali tersebut adalah beliau sudah enam bulan tidak bermain.

“Secara fizikalnya, dia sudah enam bulan tidak bermain aksi kompetitif jadi risikonya adalah kecederaan, tetapi kredit buatnya. Dia bermain dengan sangat baik, fizikalnya juga bagus dan saya sangat gembira,” ujar pengendali asal Sepanyol itu.

https://twitter.com/GurjitAFC/status/1304784489529384961

Arteta turut berkata, “Kita sebenarnya mahu berikan dia masa [untuk sesuaikan diri] kerana baru berapa hari dia berlatih. Ia merupakan cabaran yang besar untuknya bermain. Walaupun tidak bermain selama enam bulan, aksinya mengagumkan.”

Penutup

Dalam perlawanan tersebut juga dapat dilihat dua pemain muda yang dikaitkan hampir meninggalkan Arsenal iaitu Ainsley Maitland-Niles dan Rob Holding dalam skuad utama. Menurut Arteta, kedua-duanya masih dalam perancangannya.

Masih terlalu awal untuk terlalu mengangkat aksi terpuji The Gunners kerana mereka hanya bertemu Fulham. Tetapi sesuatu yang positif sudah ditonjolkan mereka dan masih ada lebih kurang 23 hari sebelum jendela perpindahan ditutup.

KREDIT FEATURED IMAGE: REUTERS

Baca lagi artikel mengenai Arsenal:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN