Nampaknya, seseorang telah buatkan satu kelab naik angin!
Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane dikhabar berang dengan keadaan terkini pemain sayapnya iaitu Eden Hazard yang dilaporkan mengalami kenaikan berat badan yang berlebihan.
Menurut laporan Daily Mail, Zidane dan seluruh pengurusan Real Madrid begitu kecewa dengan situasi Hazard yang kini dilaporkan tidak cergas apabial mengalami berat badan berlebihan sama seperti apa yang dilakukannya pada 2019.
Perkara ini timbul selepas Hazard dilaporkan tidak beraksi bersama-sama skuad kebangsaan Belgium untuk aksi UEFA Nations League menentang Iceland dan juga Denmark.
Roberto Martinez yang merupakan jurulatih Belgium mengatakan Hazard tidak berada dalam keadaan terbaik untuk diturunkan.
Sebelum ini, Real Madrid ada menyatakan yang mereka tidak mahu melepaskan Hazard dan Thibaut Courtois bagi membantu kedua-dua pemain tersebut melakukan persediaan pra-musim.
Namun begitu, Martinez berkeras mahu mendapatkan Hazard kerana pemain itu mempunyai pengaruh yang kuat dalam bilik persalinan menjadi penyebab kenapa pemain itu tetap dipanggil ke skuad negaranya walaupun tidak cergas.
Oleh kerana tindakan Martinez itu, ianya telah menjadi satu tanggungjawab untuk Real Madrid mengembalikan kecergasan Hazard untuk musim baharu La Liga.
Tetapi apa yang merujgikan mereka adalah mereka perlu mengambil sedikit masa untuk kembalikan bentuk badan Hazard ke tahap yang sepatutnya dan ini mememerlukan dua atau tiga minggu sebelum pemain itu benar-benar cergas.
Jadi, Hazard berkemungkinan akan terlepas aksi La Liga pertama pasukannya menentang Real Betis. Jelas sekali, situasi ini sedikit sebanyak merencatkan perancangan Zidane menjelang musim baharu.
Musim lalu, Hazard pernah berbuat perkara sebegini di awal musim dengan melapor diri ke kem pra-musim Real Madrid sambil membawa lebihan berat badan sebanyak tujuh kilogram.