Thibaut Courtois: Real Madrid Perlukan Hazard Untuk Rebut Kejuaraan

Thibaut Courtois

Penjaga gol Real Madrid, Thibaut Courtois mengakui kelab tersebut memerlukan khidmat Eden Hazard untuk memberikan saingan hebat buat Barcelona bagi merebut kejuaraan La Liga musim ini.

Saingan La Liga yang terhenti selama tiga bulan dikhabarkan akan kembali bersambung pada 12 Jun ini di mana Barcelona kini sedang mendahului Los Blancos dengan kelebihan dua mata setelah mengumpul 58 mata.

Meskipun Hazard seringkali dibelenggu masalah kecederaan yang sekaligus mengganggu persembahannya di padang, Courtois melihat rakan senegaranya itu mampu untuk menyerlahkan kualitinya untuk membantu Real Madrid dalam baki 11 perlawanan liga.

”Hazard berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Rentak yang dimilikinya sangat mengejutkan tetapi dia perlu pergi dengan sedikit demi sedikit.”

”Kita tidak boleh mengharapkan dia akan kembali ke prestasi terbaiknya tanpa beraksi. Saya merasakan dia berada dalam keadaan baik dan kami memerlukannya untuk merebut kejuaraan liga musim ini,” ujar Courtois menurut laporan Goal.

Embed from Getty Images

Dalam pada itu, penjaga gol utama skuad kebangsaan Belgium itu turut mendedahkan beliau tidak sabar untuk turun beraksi dan mencabar kejuaraan La Liga.

”Kami tidak sabar untuk menyambung kembali saingan liga dan mula untuk bersaing bagi merebut kejuaraan.”

”Ia akan berbeza [beraksi tanpa penyokong]. Sangat bagus apabila terdapat persekitaran sebegini, walaupun beraksi di tempat lawan.”

”Ia memberikan anda adrenalin dan kadangkala menghadirkan motivasi untuk saya lebih banyak menyelamatkan percubaan lawan. Ia menjadi motivasi buat saya tanpa penyokong ‘disisi’,” tambah Thibaut Courtois lagi.

Kredit featured image: Antonio Villalba/Real Madrid via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Thibaut Courtois:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN