Kerana Urusan Keluarga, Thibaut Courtois Mahu Tinggalkan Chelsea

Diego Costa

Ini bukanlah sebuah berita yang mahu didengar oleh peminat Chelsea.

Penjaga gol Chelsea, Thibaut Courtois dikatakan tidak lagi akan menyambung kontrak beliau bersama pasukannya itu.

Menurut Evening Standard, keputusan itu dibuat oleh Courtois atas kerana urusan keluarga.

Kata Courtois, keputusan itu dibuat kerana beliau ingin lebih dekat dengan 2 anak beliau dan berjumpa dengan mereka lebih kerap.

Kedua-dua anak beliau kini sedang dibesarkan di Madrid, Sepanyol.

Chelsea dikatakan ingin memberikan kontrak baharu kepada Courtois tetapi beliau memberi bayangan bahawa lanjutan kontrak yang ditawarkan oleh Chelsea tidak akan diterima beliau.

Untuk rekod, beliau masih lagi mempunyai baki 18 bulan lagi dalam kontrak beliau bersama kelab London itu.

Diego Costa

Sebelum ini, pihak Chelsea ada menawarkan k0ntrak lanjutan kepada beliau. Akan tetapi, ianya ditolak Courtois kerana tidak memenuhi permintaan gaji yang beliau mahukan.

Ke mana beliau akan pergi?

Bagi seorang penjaga gol yang berkaliber seperti Courtois, pastinya akan ada banyak kelab yang mahukan khidmat beliau.

Logik mengapa anak-anaknya kini berada di Madrid adalah disebabkan beliau pernah tinggal di bandar tersebut semasa menjadi penjaga gol pinjaman untuk Atletico Madrid dari Chelsea.

Jika benar beliau kembali ke Sepanyol dan destinasinya adalah Madrid, adakah Atletico Madrid bakal menjadi destinasinya?

Barangkali tidak. Hal ini kerana mereka kini sudah mempunyai penjaga gol berkualiti iaitu Jan Oblak.

Walaupun berminat untuk membawa Courtois kembali, tetapi Atletico Madrid harus melepaskan Oblak dahulu atau Oblak dan Courtois akan mempunyai persaingan sengit untuk menjadi penjaga gol utama kelab tersebut.

Jika tidak ke Atletico Madrid, adakah Courtois akan ke Real Madrid?

Kemungkinan itu ada kerana Real Madrid sudah lama mencari penjaga gol berprofil tinggi untuk menggantikan Keylor Navas.

Walaupun sebelum ini mereka berminat dengan David De Gea, Real Madrid juga boleh menimbangkan hasrat untuk mendapatkan Courtois.

Thibaut Courtois menghabiskan 3 tahun bersama Atletico Madrid sebagai pemain pinjaman. Beliau memenangi pelbagai kejuaraan antaranya La Liga dan juga Europa League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN