Dua Pemain Kacukan Semakin Hampir Wakili Malaysia

Pemain kacukan

Segalanya berada di landasan yang tepat buat dua pemain kacukan, Kobe Chong dan Armin Maier Rafi untuk merealisasikan impian menyarung jersi skuad kebangsaan apabila mereka kini sedang menantikan kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA).

Kedua-dua pemain yang masih berusia 18 dan 21 tahun itu dilihat mampu untuk menarik minat ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee.

Tambahan pula skuad B-23 negara mempunyai misi besar dalam usaha merebut pingat emas saingan Sukan SEA yang berlangsung di Manila pada penghujung November nanti.

Perkembangan mengenai kedua-dua pemain tersebut dijelaskan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam dalam satu laporan yang dikeluarkan Berita Harian.

“Mungkin jika kita mendapat kelulusan daripada KDN dan FIFA, kita boleh gunakan khidmat mereka untuk Sukan SEA nanti. Tapi segalanya terpulang kepada jurulatih untuk membuat penilaian terbaik,” ujar Stuart bercakap kepada wartawan Berita Harian.

Seperti yang sudah diketahui sebahagian peminat bola sepak tanah air, Kobe Chong yang berusia 18 tahun merupakan pemain berdarah Malaysia-Jamaica. Neneknya dikhabarkan lahir di negeri Perak.

Kobe merupakan bekas pemain remaja West Bromwich Albion dan kemudiannya ke Kidderminster Harriers sebelum berhijrah ke Itali bagi menyertai skuad Cagliari bawah 17 tahun.

Laporan yang dikeluarkan Semuanya BOLA sebelum ini mendedahkan Kobe Chong adalah seorang pemain tengah menyerang dan juga berpotensi untuk bermain sebagai No.10 dalam pasukan negara – posisi dimana pasukan negara kerap kali ketandusan bakat yang sesuai.

Sementara itu, Armin Maier Rafi pula adalah pemain kacukan Jerman-Singapura-Malaysia. Beliau sebelum ini merupakan pemain bagi skuad Young Lions (Singapura).

Menurut satu ‘posting’ di laman Instagram peribadinya pada 20 Julai lalu, Armin menjelaskan bahawa beliau tidak sabar untuk kembali ke Malaysia bagi memenuhi impiannya.

 

View this post on Instagram

 

Hey everybody ??‍♂️.Today I want to answer the question when I’m going to be back in Malaysia as many fans have been asking me . As you all know I had a successful trial with JDT earlier this year and have since been patiently waiting in Germany for all formalities to be resolved so I can finally return to Johor. Some of you may know that my grandfather is a Malaysian from Johor which makes me eligible to represent Malaysia under FIFA’s heritage rule. Through the initiative of His Royal Highness TMJ I got in touch with the Malaysian home minister and Football Association of Malaysia (FAM) who are assisting me in the process of obtaining Malaysian citizenship, as they are interested to have me playing for Malaysia. Once I receive the green light from the Malaysian government and get my Malaysian passport, I will return to Malaysia to fulfill my dream of playing for JDT and Harimau Malaya ???. I can’t wait to be back and hope everything will be done soon. I can assure you that I’m working very hard in the meantime to be in my best shape for my return ?⚽ Thank you all for your understanding and your continuous support ❤️?❤️?

A post shared by Armin Maier (@armin_97) on

Kredit foto: Football Tribe

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN