Previu Kumpulan D Piala Malaysia: Sathianathan Dan Zainal Abidin Perlu Elak Tersangkut

Kumpulan D kali ini membariskan pasukan Selangor, Melaka United, Felda United dan juga PDRM FA.

Jika anda tanya, siapa jurulatih yang sangat terdesak mahukan Piala Malaysia? B. Sathianathan dan Zainal Abidin Hassan antara nama yang berada dalam senarai tingkat atas.

Ini kerana mereka berdua memiliki pasukan yang dilihat ada ciri-ciri pencabar kejuaraan dalam MSL 2019, cuma malangnya ia tidak dapat direalisasikan.

Secara kasarnya, pasukan Selangor dan Melaka United pastinya diletakkan sebagai calon utama untuk mara ke pusingan seterusnya.

Oleh itu, B. Sathianathan dan Zainal Abidin sudah pastinya perlu mengelak daripada sangkut awal dalam kempen kali ini. Namun begitu, kumpulan ini ada 2 pasukan pencabar lain yang diuruskan jurulatih yang ada potensi melakukan kejutan.

Selangor

Selangor

Selangor gagal dalam memberikan persaingan lebih baik dalam Liga Super selepas berbelanja besar musim ini. Mereka juga gagal untuk mara lebih jauh dalam Piala FA.

Jadi, Piala Malaysia adalah sangat penting untuk B. Sathianathan memberikan sesuatu kepada Selangor. Perkara itu sudah dilaungkan sendiri oleh B. Sathianathan.

Isu terbesar yang melanda Selangor adalah konsistensi. Namun pada pertengahan musim mereka mendapatkan Ifedayo yang memberikan impak sangat besar kepada pasukan.

Mereka juga memiliki Sandro Mendonca, pemain veteran yang banyak menyumbang dalam mencipta peluang gol termasuk kepakaran beliau dakan situasi bola mati.

Bagaimana mereka layak: Ke-3 dalam Liga Super 2019
Formasi pilihan: 4-4-2
Pemain bintang: Ifedayo Olesegun
Pemain tumpuan: Sandro Mendonca
Ketua Jurulatih: B. Sathianathan
Ramalan Semuanya BOLA: Sekurang-kurangnya ke separuh akhir

Melaka United

Melaka United antara pasukan yang paling banyak berbelanja sejak mereka layak ke Liga Super pada 2017. Namun hasilnya, mereka masih gagal untuk menjulang sebarang kejuaraan major selepas itu.

Boleh dikatakan setiap kali jendela perpindahan pemain, Melaka akan terlibat aktif terutama sekali pada pra-musim.

Musim ini mereka mendapatkan khidmat pemain seperti Safiq Rahim, Liridon Krasniqi – pada pra musim yang lalu. Malangnya Liridon gagal meneruskan aksi kerana kecederaan.

Pemain Melaka United, Safiq Rahim dikawal rapi tiga orang pemain PJ City FC pada aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Hang Jebat, minggu lalu.

Melaka memiliki pemain berbakat seperti Patrick Reichelt yang boleh dianggap pemain import Asia Tenggara terbaik musim ini.

Zainal Abidin juga mengimpikan piala untuk membuktikan dirinya orang yang tepat menjadi pengendali Melaka yang sentiasa menyokong beliau.

Oleh itu, kegagalan untuk melepasi kumpulan ini bukan satu pilihan tetapi ia boleh digelar malapetaka kepada projek Melaka.

Bagaimana mereka layak: Kedudukan Ke-6 dalam MSL 2019
Formasi pilihan: 4-4-2/4-5-1
Pemain bintang: Safiq Rahim
Pemain tumpuan: Patrick Reichelt
Ketua Jurulatih: Zainal Abidin
Ramalan Semuanya BOLA: Sekurang-kurangnya layak ke pusingan ke-2

Felda United

FOTO: FELDA United

Nidzam Jamil merupakan jurulatih yang dikenali dengan ‘antique’ beliau tersendiri di luar padang. Beliau sentiasa memberikan semangat dan kata-kata positif kepada para pemainnya walaupun beberapa keputusan buruk dicatatkan.

Kemenangan besar ke atas Kedah dalam aksi Liga Super sebelum ini boleh dijadikan pembakar semangat para pemain mereka, bahawa mereka boleh melakukan lebih baik dalam setiap perlawanan.

Nidzam Jamil mengakui, beliau menggemari bola sepak dengan tempo pantas dan aliran bola segera. Namun kekangan utama Felda United adalah kualiti pasukan mereka secara teknikal.

Walaubagaimanapun, pasukan ini tetap menjadi pasukan yang boleh menentukan keputusan besar dalam kumpulan ini.

Felda United ada beberapa pemain yang tipikal ‘gamechanger’ seperti Hadin Azman, Thiago Junior dan Christie Jayaseelan.

Hadin Azman meraikan jaringan penyamaan ketika bertemu Selangor di Stadium Shah Alam.

Walaupun di bawah ini kami menyatakan mereka kerap bermain dengan formasi seperti 4-3-3 dan 4-4-2 tetapi Felda United juga antara pasukan yang boleh bermain dengan sistem bek bertiga.

Bagaimana mereka layak: Kedudukan Ke-10 MSL 2019
Formasi pilihan: 4-3-3/4-4-2
Pemain bintang: Hadin Azman
Pemain tumpuan: Kei Ikeda
Ketua Jurulatih: Nidzam Jamil
Ramalan Semuanya BOLA: Pencabar kedudukan ke-2 peringkat kumpulan

PDRM FA

PDRM adalah pasukan di balang 4 dalam undian. Jadi, ini bermakna mereka adalah ‘underdog’ dalam kumpulan ini yang turut dibarisi 3 pasukan Liga Super.

Kembalinya PDRM FA ke kancah kejohanan utama seperti Piala Malaysia untuk 2 tahun berturut-turut ini wajar diberikan tahniah. Motivasi utama mereka pastinya kejayaan untuk mara ke Liga Super 2019.

Mereka merupakan semifinalis pada 2016, namun gagal mara pada 2017. Musim lalu mereka terkandas di peringkat kumpulan. Adakah mereka akan mampu memperbaiki pencapaian pada musim ini?

Tugas yang sukar tetapi tidak mustahil untuk E. Elavarasan dan pasukannya. Beliau memiliki beberapa pemain yang berpengalaman dalam pertandingan besar seperti ini. Antaranya Patrick Ronaldinho dan juga R. Gopinathan.

Bagaimana mereka layak: Kedudukan Ke-4 MPL 2019
Formasi pilihan: 4-4-2
Pemain bintang: Patrick Ronaldinho
Pemain tumpuan: Lee Chang Hoon
Ketua Jurulatih: E. Elavarasan
Ramalan Semuanya BOLA: Peringkat kumpulan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN