AFF B-15 (Laporan Dan Highlight): Malaysia Mudah Atasi Australia 3-0

Skuad muda Malaysia meneruskan kecemerlangan dalam aksi Piala AFF B-15. Kali ini pasuka Socceroos menjadi mangsa. Malaysia menang 3-0 dalam aksi ke-3 berhadapan dengan Australia. Sebelum ini Malaysia menang 8-0 ke atas Brunei dan kemudiannya menang 2-0 ke atas Kemboja.

Dalam aksi menentang Australia, gol-gol kemenangan Malaysia disumbangkan oleh Muhammad Daniel Edzuan Mohd Anuar pada minit ke-3 menerusi sepakan penalti.

Seterusnya gol kedua pada minit ke-28 oleh Muhammad Nabil Qayyum Zainuddin. Pada separuh masa kedua Muhammad Izrin Ibrahim (minit ke-70) memastikan Malaysia menutup rapat harapan Australia untuk bangkit dalam perlawanan ini.

Kemenangan ini bermakna Malaysia – yang dibimbing oleh P. Maniam – berada di puncak kumpulan B dengan sempurna setakat ini. 3 kemenangan daripada 3 perlawanan. Ini mencerahkan harapan Malaysia untuk mara ke separuh akhir.

Hal ini kerana, Australia merupakan antara halangan utama Malaysia selain daripada Thailand, dalam kumpulan B ini.

Lebih meyakinkan apabila, setakat ini Malaysia sudah menjaringkan 13 gol dan masih belum dibolosi.

Juara dan naib juara kumpulan akan beraksi dalam separuh akhir pada 7 Ogos ini.

Saksikan rangkuman aksi di sini:

Leave a Reply