‘De Gea Bukan Terbaik Di Dunia, Terbaik Di Manchester Pun Tidak’

David De Gea Manchester United

Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer berkali-kali mempertahankan David De Gea dan mendakwa penjaga golnya itu adalah yang terbaik di dunia walaupun kerap melakukan kesilapan pada musim ini.

Terbaharu De Gea sekali lagi menjadi perhatian apabila dua kesilapan bodohnya telah mengakibatkan pasukannya tewas 3-1 kepada Chelsea dalam perlawanan separuh akhir Piala FA di Wembley dan menghancurkan harapan United untuk meraih dua trofi musim ini.

Perkara sama berlaku ketika perlawanan menentang Tottenham Hotspur pada Jun lalu apabila penjaga gol Sepanyol itu gagal menepis keluar rembatan Steven Bergwijn yang tepat ke arahnya dan menyebabkan United tercicir mata selepas perlawanan berakhir seri 1-1.

Begitu banyak bukti yang menunjukkan De Gea bukan lagi penjaga gol terbaik di Manchester, jauh sekali untuk dikatakan terbaik di dunia dengan rekod di Liga Perdana Inggeris (EPL) juga telah membuktikan beliau tidak lagi releven untuk terus kekal di Old Trafford.

Dua penjaga gol Brazil, Ederson di Manchester City dan Alisson di Liverpool memiliki statistik yang jauh lebih baik. Malah Dean Henderson yang sedang dipinjamkan di Sheffield United juga mempunyai musim yang lebih baik berbanding De Gea.

Mungkin ada yang beranggapan tindakan Solskjaer yang berulang kali mempertahannya adalah satu pendekatan untuk menaikkan motivasinya, tetapi apa yang berlaku adalah penjaga gol berusia 29 tahun itu seolah-olah menjadi ‘besar kepala’ dan tidak peduli dengan prestasi buruknya.

Sentuhan Olivier Giroud dan rembatan Mason Mount dari luar kotak penalti dalam perlawanan pada awal pagi sepatutnya dapat diselamatkan dengan mudah buat seorang penjaga gol profesional, tetapi tidak buat De Gea.

Persoalannya kini, sampai bila Solskjaer mahu bergantung harap dan terus memberi kepercayaan kepada De Gea sedangkan beliau berkali-kali melakukan kesilapan? Adakah De Gea merasakan beliau terlalu selesa dengan status ‘nombor 1’ yang tidak mampu digugat oleh sesiapa di United?

Dengan perkembangan Henderson yang begitu pantas, penjaga gol muda England itu telah pun membuktikan potensinya setelah beroleh pengalaman berharga bersama The Blades dalam dua musim ini dibawah Chris Wilders dan sudah bersedia sepenuhnya untuk bersama United dalam masa terdekat.

Musim ini, Henderson cuma bolos 29 gol dalam 34 perlawanan EPL dan mencatat rekod 13 perlawanan tanpa bolos dan cuma membuat satu kesilapan sahaja berbanding empat buat De Gea.

Jadi apakah pilihan terbaik untuk masa depan De Gea? Adakah sewajarnya beliau dijual ataupun dipinjamkan kepada mana-mana kelab untuk satu atau dua musim bagi mengembalikan ‘maruahnya’ yang semakin tercalar?

Baca juga artikel kami yang lain mengenai David De Gea:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN