David Luiz: Saya Bekerja Keras Bangkit Daripada Kesilapan

David Luiz

Pertahanan Arsenal, David Luiz mengakui beliau sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasinya walaupun seringkali menjadi kritikan para peminat berikutan aksi hambar yang dipamerkannya sejak menyertai The Gunners pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Kemuncak kemarahan para penyokong Arsenal adalah ketika beliau melakukan dua kesilapan yang menyaksikan kelab tersebut kecundang 0-3 di tangan Manchester City di Etihad Stadium, Jun lalu.

Semangatnya jelas tidak pernah luntur susulan kesilapan tersebut dan kegigihan serta kepercayaan Mikel Arteta terhadapnya dibalas dengan aksi cemerlang ketika Luiz membantu Arsenal menundukkan lawan yang sama pada aksi separuh akhir Piala FA, kelmarin.

Sehubungan dengan itu, pertahanan berusia 33 itu menegaskan bahawa beliau bekerja keras untuk memperbaiki kesilapan yang telah dilakukannya di atas padang.

”Terdapat banyak kritikan yang dilemparkan terhadap saya, saya rasa anda juga boleh mengatakannya,” ujar Luiz menurut laporan Sport Bible.

”Itu merupakan sebahagian daripada bola sepak. Saya memahaminya sepanjang karier saya dalam bola sepak adalah berkaitan dengan untuk terus kekal bertahan.”

”Setiap hari anda akan mempertahankan pasukan anda, dan orang lain akan menyokong pasukan yang berbeza.”

”Ia adalah berkaitan untuk terus kekal bertahan, jadi itulah yang saya lakukan. Saya bekerja keras setiap hari selepas daripada kesilapan yang saya lakukan.”

”Saya mengambil tanggungjawab atas kesilapan itu, saya sudah cukup matang untuk memahami perkara ini. Saya juga cukup merendah diri untuk bekerja dengan lebih banyak buat pasukan.”

”Kami mempunyai perlawanan akhir untuk dihadapi pada musim ini. Kami perlu untuk memenangi kejuaraan tersebut untuk kelab ini kerana saya sentiasa katakan, kelab ini berhak untuk kembali menyinar,” tambah Luiz lagi.

Kredit featured image: Harriet Lander/Copa/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai David Luiz:

Leave a Reply