Ini adalah kisah mengenai Edouard Mendy, seorang penjaga gol yang berdepan dengan permulaan karier yang amat perlahan sehingga pernah menganggur pada usia 22 tahun kerana tiada kelab yang mahukan khidmatnya.
Perjalanan Mendy dalam dunia bola sepak bermula dengan menyertai akademi Le Havre AC pada usia 13 tahun. Kemudian pada 2011, beliau hanyalah penjaga gol ketiga di AS Cherbourg, iaitu sebuah kelab divisyen ketiga dalam sistem liga bola sepak Perancis.
Dalam satu temubual oleh BBC Afrika, rakan sepasukan Mendy di Cherbourg, Ted Lavie menjadi saksi yang melihat bagaiamana Mendy berdepan dengan satu fasa yang cukup sadis dalam hidupnya, namun diselamatkan oleh sikap tidak berputus asa.
In 2011, 19-year-old Édouard Mendy came to AS Cherbourg in the French 3rd Division to be a 3rd choice goalkeeper.
9 years after that he will replace the most expensive goalkeeper ever at Chelsea.
Progress. pic.twitter.com/ZL65ED61WF
— Football Talent Scout – Jacek Kulig (@FTalentScout) September 22, 2020
“Setiap kali dia dipanggil untuk diturunkan, sikap Edouard adalah memberikan aksi terbaik di atas padang,” ujar Lavie.
“Walaupun perlu beraksi untuk skuad simpanan, saya dan beberapa pemain lain akan turun untuk melihatnya bermain kerana kami sangat berharap dia akan menjadi pilihan utama dalam pasukan. Dia sentiasa mahu menjadi yang terbaik.”
Malangnya, musim ketiga Mendy di Cherbourg, kelab tersebut tersingkir. Musim pertama di divisyen keempat, beliau berpeluang menjadi penjaga gol utama, tetapi pasukannya sekali lagi tersingkir dan ia merupakan permulaan ‘zaman gelap’ dalam kariernya.
Menganggur akibat diperdaya janji manis
Pada usia 22 tahun, kontraknya bersama Cherbourg ditamatkan dan beliau ‘ditawarkan’ oleh seorang ejen yang berjanji mahu membantunya berhijrah ke kelab League One (divisyen ketiga England).
Selepas menolak beberapa tawaran dari beberapa kelab liga bawahan di Perancis, panggilan dari ejen tersebut tidak kunjung tiba. Ia memaksa Mendy pulang ke kampungnya di Le Havre setelah tidak mempunyai pekerjaan.
“Dia berusaha untuk mengekalkan kecergasan dan fizikalnya. Dia joging bersendirian, pergi ke gimnasium, berlatih dengan beberapa kelab kecil [termasuk Le Havre]. Dia tak pernah berputus asa,” ujar Lavie mengimbas kembali pengalamannya bersama Mendy.
🔴⚪️ Édouard Mendy | #Reims ➡️ De pôle emploi à la CAN !
À lire 👉🏻 https://t.co/pssDiwXsP0 pic.twitter.com/wNe4T7OImH
— Reims VDT (@reimsvdt) June 16, 2019
Keadaan tersebut berterusan hampir setahun dan Mendy tiada pendapatan tetap sehingga terpaksa mendaftar dengan ‘Pole Emploi’, sebuah agensi mencari pekerjaan untuk warga Perancis yang sedang menganggur.
Beliau tetap berusaha mencari mana-mana pasukan yang mahukan khidmatnya.
Sinar di hujung terowong
Seperti kata peribahasa Melayu, harapan tak putus sampai jerat tersentak rantus. Pada 2015, beliau akhirnya jumpa jalan keluar daripada kegelapan yang menyelubunginya hasil dari bantuan Lavie sendiri.
“Saya bercakap dengan seorang rakan saya, Dominique Bernatowicz, seorang jurulatih penjaga gol di Akademi Marseille yang sedang mencari seorang lagi penjaga gol untuk pasukannya,” kata Lavie.
“Saya beritahunya yang saya pernah bermain dengan seorang penjaga gol yang bagus, tinggi, bijak dan masih banyak ruang untuk terus berkembang. Saya katakan penjaga gol tersebut sedang mencari pasukan baharu.”
Bernatowicz kemudian setuju untuk memberi peluang kepada ‘penganggur’ tersebut. Dengan hanya satu panggilan, Mendy tidak perlu berfikir panjang, malah ia menjadi pemangkin kepada motivasinya.
Peluang dalam sesi percubaan dengan kelab ternama Perancis berkenaan perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya walaupun beliau hanya akan menjadi penjaga gol pilihan keempat. Jika diterima sekalipun, belum tentu beliau akan berkesempatan untuk berlatih bersama pasukan utama.
“Sesi percubaannya berjalan dengan baik. Saya boleh lihat kualiti padanya di mana tindak balas dan pergerakannya sangat pantas. Dia boleh melayangkan badannya dengan mudah,” imbas Bernatowicz.
Mendy akhirnya ditawarkan kontrak selama setahun sahaja sebagai pemain amatur dengan gaji minimum. Beliau diterima masuk ke skuad simpanan Marseille dan berpeluang berlatih bersama penjaga gol kebangsaan Perancis, Steve Mandanda.
➡️ Edouard Mendy : "J'ai beaucoup de respect pour le club, et les personnes qui m'ont permis de signer à l'OM. (…) Je suis passé du chômage à Marseille."
#TeamOM pic.twitter.com/tKqkimO3xi— Univers Marseillais 🇩🇿 (@UniversOM13) December 7, 2018
“Mendy ibarat tayar gantian, sekadar pelengkap ruang kosong. Untuk dia mungkin keadaan tersebut agak mencabar. Dalam tempoh lapan hingga sembilan bulan pertamanya, saya boleh lihat bagaimana dia sangat bekerja keras,” kata Bernatowicz lagi.
Bagi Mendy, beliau perlu menggunakan peluang tersebut dengan sebaiknya. Dengan taman wanitanya yang sedang mengandung terus menetap di Le Havre, beliau tiada pilihan lain kecuali mengejar kontrak baharu bersama Marseille.
Walaupun sekadar terus beraksi untuk pasukan simpanan Marseille pada musim pertama, hasrat beliau akhirnya tercapai selepas ditawarkan kontrak selama dua tahun.
“Saya mencapai tahap baharu di Marseille. Saya dapat berlatih di samping pemain-pemain profesional sepanjang tahun itu seperti Lassana Diarra, Abou Diaby dan Michy Batshuayi, sesuatu yang tak disangka untuk penjaga gol keempat,” kata Mendy menceritakan pengalamannya.
Yang bulat tak datang bergolek
Namun melihatkan potensi yang ada pada Mendy, Bernatowicz tidak mahu anak buahnya itu terus menjadi penjaga gol di pasukan simpanan Marseille. Maka beliau mula mencari beberapa ejen yang rapat dengannya.
“Saya tidak membuat keputusan untuknya, tetapi saya rasa rugi untuk terus melihat dia kekal sebagai penjaga gol kedua atau ketiga di Marseille,” ujarnya lagi.
Beberapa kelab telah menyatakan minatnya untuk mendapatkan Mendy. Antara tawaran yang diterima adalah dari beberapa kelab liga bawahan yang sedang mencari penjaga gol utama.
Namun Mendy memutuskan untuk mencabar dirinya menyertai kelab Ligue 2, Reims sebagai penjaga gol kedua pada musim 2016/17. Ia juga merupakan kontrak profesional pertamanya ketika sudah berusia 24 tahun. Agak lewat bukan?
Edouard Mendy appreciation tweet.
– Unemployed at 23
– First pro contract at 24
– Promotion & avoids relegation in Ligue 1 at Reims
– Moved to Rennes at 27
– Champions League winner in his first season with Chelsea at 29Stories like these make football ❤️❤️❤️❤️ pic.twitter.com/AA37CmEtti
— Incognito (@Incognito_qfs) May 29, 2021
Namun mungkin rezeki sudah tertulis buatnya, untuk perlawanan pertama musim tersebut, jurulatih Reims memilihnya untuk diturunkan dalam kesebelasan utama kerana penjaga gol utama telah digantung perlawanan.
Debutnya dalam perlawanan itu, beliau bermain dengan cukup cemerlang dengan aksi yang amat memberangsangkan.
“Walaupun cuma penjaga gol kedua, dia sentiasa dengan cara berfikir seperti seorang pemimpin dan sentiasa vokal dalam bilik persalinan,” ujar Danilson da Cruz, bekas rakan sepasukannya di Reims.
“Dia membuktikan dirinya dalah seorang yang sangat bernilai dalam pasukan, dia tahu bila masa yang tepat untuk mengatakan sesuatu.
“Dia sentiasa menunjukkan kesungguhan untuk merebut tempat utama. Apabila diberi peluang, dia akan beraksi cemerlang untuk menjadi pemain terbaik perlawanan.”
Permata yang dicari
Pada permulaan musim seterusnya, peluang yang ditunggu-tunggu akhirnya menjelma apabila Mendy dipilih menjadi penjaga gol utama Reims selepas David Guion tiba sebagai pengurus baharu menggantikan Michel der Zakarian.
Masih beraksi di Ligue 2, pada musim tersebut beliau dan barisan pertahanan berjaya memastikan gawang pasukannya tidak dibolosi dalam 19 daripada 39 perlawanan liga dan Reims berjaya meraih promosi ke Ligue 1.
GK: Edouard Mendy. Another late bloomer, Mendy only got his start last season–at 26–in Ligue 2. He's continued his fine form for Reims in Ligue 1, keeping 8 clean sheets in 14 games. The Senegalese keeper boasts a strong punch, quick reflexes and agility that belies his height. pic.twitter.com/3AV8kG0jYV
— Breaking The Lines (@BTLvid) January 6, 2019
Musim pertama di liga utama Perancis, beraksi untuk sebuah pasukan ‘kerdil’ Reims berdepan dengan pasukan-pasukan ternama seperti Paris Saint-Germain, Lyon, Monaco dan Lille, beliau masih mampu merekodkan 14 perlawanan tanpa bolos.
Prestasi cemerlangnya itu telah menarik minat beberapa kelab untuk membelinya dan Rennes berjaya mendapatkannya pada Ogos 2019 dengan yuran perpindahan yang tidak didedahkan. Namun media Perancis melaporkan ianya sekitar €4 juta.
13 perlawanan tanpa bolos dalam 33 perlawanan buat Rennes, statistik tersebut sudah cukup untuk meyakinkan Petr Cech yang telah memantaunya selama tiga tahun untuk membawanya ke Chelsea.
Tiada istilah lewat
Mendy tiba di Stamford Bridge selepas Chelsea membelanjakan £22 juta bagi mendapatkannya sebagai pelan baharu menggantikan penjaga gol termahal dunia Kepa Arrizabalaga yang gagal mencapai tahap yang diharapkan.
Mungkin ada yang beranggapan umur 28 tahun agak lewat untuk Mendy mencipta nama di Liga Perdana Inggeris (EPL). Tetapi jangan kita pernah lupa yang Edwin van der Sar menyertai Manchester United ketika sudah berusia 34 tahun.
12 perlawanan pertamanya untuk kelab London berkenaan, Mendy hanya bolos tiga gol sahaja dan mencatat sembilan perlawanan tanpa bolos dan sekaligus menyamai rekod mentornya Cech.
Rekod keseluruhannya pada musim ini cukup menakjubkan. Dalam 45 perlawanan, beliau berjaya memastikan gawangnya tidak dibocori dalam 25 perlawanan.
Di saingan EPL, beliau ‘kebal’ dalam 16 perlawanan dengan hanya penjaga gol Manchester City, Ederson sahaja yang mencatat rekod lebih baik daripadanya (19).
Com o gol que o Édouard Mendy acabou de sofrer o Ederson leva de novo a Golden Glove na Premier League. pic.twitter.com/L93okGpNic
— Man City Brazil (@ManCityBrazil) May 18, 2021
Rekod cemerlang itu juga termasuk perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) yang menyaksikan pasukannya muncul juara selepas menewaskan Manchester City dengan keputusan 1-0.
Kejuaraan tersebut juga membolehan Mendy mencatat sejarah sebagai penjaga gol dari Afrika pertama yang meraih gelaran Eropah pada era UCL selepas penjaga gol Zimbabwe Bruce Grobbelaar muncul juara Piala Eropah pada 1984 bersama Liverpool.
“Enam tahun lalu ketika saya tiada kelab untuk bermain, jika ada seseorang mengatakan kepada saya yang karier yang akan berakhir di sini, saya sama sekali tidak akan dengar dan peduli dengan kata-kata mereka,” ujar Mendy ketika satu temubual bersama The Guardian.
“Tetapi melihat apa yang saya ada sekarang, saya amat berterima kasih kerana disebabkan saat-saat sukar itulah yang menjadikan saya berada di mana saya berada pada hari ini.”
Ini adalah sebuah kisah hebat seorang pemain bola sepak yang mengajar kita semua agar tidak mengenal erti putus asa. Jangan sama sekali berhenti mengejar impian.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Edouard Mendy dan Chelsea:
Akibat Tekanan, Koeman Dimasukkan Ke Hospital Kerana Serangan Anxiety
EPL 2020/21: Edouard Mendy Capai Rekod Petr Cech Saat Chelsea Benam Burnley
Prestasi Calon Petr Cech, Edouard Mendy Lebih Baik Berbanding Kepa Arrizabalaga?