EPL 2020/21: Edouard Mendy Capai Rekod Petr Cech Saat Chelsea Benam Burnley

edouard mendy chelsea burnley epl cech

Penjaga gol baharu Chelsea, Edouard Mendy telah menyamai pencapaian seperti lagenda Chelsea, Petr Cech iaitu meraih tiga ‘cleansheet’ dalam tiga aksi pertama.

Beliau mungkin bukanlah pemain yang terlalu diangkat sebagai pemain terhebat yang dibawa masuk oleh Chelsea, namun, beliau dibawa masuk melalui cadangan Cech sendiri. Dan kini, Mendy telah menyamai rekod yang pernah dibuat oleh Cech.

Chelsea berhasil memanjat ke kedudukan ke-4 English Premier League (EPL) sejurus membenam Burnley 3-0 di Turf Moor, awal pagi tadi. Gol-gol Chelsea telah dihasilkan oleh Hakim Ziyech, Kurt Zouma dan penyerang, Timo Werner.

Lima perubahan pemain telah dibuat oleh pengendali, Frank Lampard ke atas skuad yang berkunjung ke Krasnodar di Russia pada pertengahan minggu lalu, namun ia berbaloi apabila meraih kemenangan selesa ke atas pasukan bergelut seperti Burnley.

Chelsea di depan pada minit ke-26 menerusi jaringan sulung Hakim Ziyech bersama The Blues hasil gerakan menarik antaranya bersama Tammy Abraham dan Timo Werner untuk menewaskan penjaga gol Burnley, Nick Pope untuk gol pertama.

Pelawat terus cuba menggugat tuan rumah menerusi beberapa percubaan namun kedudukan kekal sehinggalah pada minit ke-63, Kurt Zouma menanduk masuk sepakan penjuru untuk Chelsea mendahului perlawanan dengan dua gol.

Sebelum gol tersebut, Nick Pope tampil dua kali menafikan peluang lawan menerusi sepakan percuma Mason Mount dan menafikan peluang bekas penyerang Leipzig, Timo Werner betul-betul di depan gawangnya sebelum babak pertama berakhir.

Timo Werner akhirnya berjaya mengubati kekecewaannya pada minit ke-70 apabila menyudahkan hantaran through pass Hakim Ziyech kepadanya untuk menghadiahkan kekalahan kelima Burnley dalam enam perlawanan pertama musim 2020/21 ini.

Sememangnya Edouard Mendy langsung tidak diuji dalam perlawanan ini dengan lima peluang lawan hanyalah sekadar off target. Ia adalah hasil keberkesan pertahanan terutamanya Thiago Silva dalam membentuk benteng yang kukuh buat mereka.

Begitupun, rekod tetap rekod di mana kini Mendy telah menyamai rekod yang telah dipegang oleh Cech sejak 2004. Dan anda tahu siapa Petr Cech kepada Chelsea.

KREDIT FEATURED IMAGE: FOTO: PHIL NOBLE/GETTY IMAGES

Baca lagi mengenai Edouard Mendy dan Petr Cech:

Prestasi Calon Petr Cech, Edouard Mendy Lebih Baik Berbanding Kepa Arrizabalaga?

Edouard Mendy: Pemain Baharu Chelsea Yang Pernah Jadi Penganggur & Penjaga Gol Kelab Divisyen Ke-4

Kepa Masih Pilihan Utama, Lampard Belum Sedia Turunkan Edouard Mendy

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN