Akibat Tekanan, Koeman Dimasukkan Ke Hospital Kerana Serangan Anxiety

Ronald Koeman Barcelona

Presiden Barcelona, Joan Laporta mengesahkan bahawa pengurus kelab Ronald Koeman telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami serangan anxiety.

Anxiety atau panik berlaku akibat tekanan dan tubuh merasa terancam, jantung berdegup kencang secara tiba-tiba menyebabkan pernafasan menjadi laju hingga menimbulkan rasa resah, menggelabah atau takut.

Jurulatih warga Belanda itu dikatakan mengalami tekanan berterusan ekoran pencapaian pasukannya dalam saingan La Liga yang kurang memberangsangkan.

Kedudukan Koeman masih tidak diketahui sama ada beliau akan meneruskan tugasnya di kelab Catalan tersebut pada musim depan atau pun tidak.

“Dia berdepan dengan episod yang membuatkannya peru ke hospital. Tetapi dia ok, saya sudah bercakap dengannya,” ujar Laporta.

Menurut sumber dari Marca, Koeman mahu terus membimbing Barcelona kerana merasakan beliau telah menjalankan tugasannya dengan baik setakat ini, tetapi tidak mendapat layanan yang sewajarnya dari pihak pengurusan kelab.

Musim pertamanya di Nou Camp, beliau telah memenangi Copa Del Rey dan bersaing rapat dalam perlumbaan kejuaraan liga, tetapi keputusan buruk pada minggu-minggu terakhir memusnahkan segalanya.

Dalam pada itu, Laporta mengesahkan pihaknya telah mengemukakan tawaran lanjutan kontrak kepada Lionel Messi selepas kapten pasukan itu menzahirkan keinginannya untuk terus kekal.

Barca juga semakin hampir untuk mendapatkan Giorginio Wijnaldum dan Sergio Aguero secara percuma, sementara Memphis Depay juga dikatakan dalam perundingan untuk menyertai skuad kendalian Koeman tersebut.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Werner Harap Muller Boleh Bantu Beliau Dapatkan Gol Di EURO 2020

TERKINI: Juventus Pecat Pirlo, Nanti Kepulangan Allegri

Zidane Sah ‘Angkat Kaki’, Real Madrid Dilapor Jadikan Conte Pilihan Utama

Leave a Reply