Barisan pertahanan Crystal Palace perlu berhati-hati ketika berdepan ancaman dari Gabriel Jesus yang sedang berada di tahap persembahan terbaiknya itu.
Crystal Palace akan turun beraksi bertemu Arsenal dalam aksi perlawanan pembukaan saingan Premier League mereka pada awal pagi nanti.
Skuad kendalian Patrick Vieira itu jelas sekali perlu berhati-hati dengan ancaman daripada jentera serangan Arsenal yang pada ketika ini sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka itu.
🇧🇷 Gabriel Jesus
🇫🇷 William Saliba
🇺🇦 Oleksandr ZinchenkoHow Arsenal could line up for Premier League opener #AFC https://t.co/sxQsECax6z
— talkSPORT (@talkSPORT) August 4, 2022
Dari lima perlawanan mereka ketika aksi pra-musim baru-baru ini, Arsenal berjaya menjaringkan 20 gol dan mereka hanya mencatatkan empat bolos sahaja.
Skuad kendalian Mikel Arteta itu turut mencatatkan kemenangan besar ketika bertemu pasukan gergasi seperti Chelsea dan Sevilla dalam perlawanan persahabatan mereka sebelum ini.
Penandatanganan terbaru kelab, Gabriel Jesus merupakan antara pemain yang paling menyerlah ketika aksi pra-musim Arsenal dan beliau kini dikatakan antara calon kegemaran untuk memenangi kasut emas saingan Premier League musim baharu ini.
Jesus berjaya menjaringkan tujuh gol dari lima perlawanan tersebut dan beliau pada ketika ini jelas sekali sedang berada di tahap persembahan terbaiknya.
This boy 🔥🔥🔥
❤️ @GabrielJesus9 pic.twitter.com/XbnMYwKmDG
— Arsenal (@Arsenal) July 30, 2022
Bintang Brazil itu pada penghujung musim lalu turut sudah mempamerkan aksi persembahan terbaiknya bersama Man City dan kerana itulah ramai yang agak terkejut ketika melihat The Citizens melepaskan Jesus ke Emirates.
Jesus berjaya mengekalkan tahap persembahan terbaiknya ketika menyarung jersi Arsenal dan kualiti penyudah yang beliau tunjukkan sudah cukup untuk membuatkan penyokong Gunners menarik nafas lega.
Sudah lama sepertinya Arsenal tidak mempunyai penjaring gol berkualiti tinggi seperti Jesus dan kehadiran bekas bintang Brazil itu jelas sekali bakal membawa impak positif ke dalam skuad kendalian Mikel Arteta itu.
Ditambah pula dengan Arsenal kini turut mempunyai barisan pemain yang sangat menakjubkan serta berkualiti, jelas sekali ia bakal membantu Jesus untuk mencapai potensi terbaiknya.
Bukayo Saka, Gabriel Martinelli, Martin Odegaard, Granit Xhaka, Zinchenko dan pemain-pemain Arsenal yang lain bakal membantu Jesus untuk beraksi lebih cemerlang lagi.
Gabriel Jesus is currently the most picked player in Fantasy Football history, with 71.5% of players picking the Arsenal forward 😮 pic.twitter.com/JpxegBliyE
— SPORTbible (@sportbible) August 3, 2022
Kekuatan yang dimiliki oleh barisan pemain Arsenal pada musim baharu ini tidak seharusnya di pandang rendah dengan mereka turut berhak dianggap sebagai antara calon kegemaran untuk menjuarai saingan Premier League musim ini.
Walau tidak mempunyai kekuatan dalam skuad depth mereka, namun barisan pemain yang mereka ada pada ketika ini sudah cukup untuk memberi masalah kepada pasukan lawan.
Mikel Arteta admits he is surprised how quickly Gabriel Jesus has settled at Arsenal #AFC https://t.co/RbIOHYZBvr
— talkSPORT (@talkSPORT) August 4, 2022
The Gunners dijangka tidak akan ada masalah untuk menewaskan Crystal Palace seterusnya memulakan kempen saingan musim ini dengan mengutip tiga mata berharga.