Piala FA: 4 Pemain Tumpuan Menjelang Aksi Terengganu Menentang Selangor

Setelah Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan tempat ke pusingan final bagi saingan Piala FA 2022, kini hanya tinggal satu lagi pasukan bakal merebut peluang untuk turut melayakkan diri ke peringkat akhir tersebut demi merebut kejuaraan berprestij ini.

Pertemuan antara Terengganu menentang Selangor pastinya sangat dinanti-nantikan para pemerhati bola sepak tempatan setelah kedua kelab tersebut dilihat agak seimbang dari segi kekuatan.

Namun kelebihan dilihat lebih terarah kepada Terengganu setelah pasukan tersebut bakal beraksi di laman sendiri malam ini iaitu Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA).

Untuk Selangor pula, kekuatan mental setiap pemain pastinya ditagih untuk berdepan sorakan penyokong tuan rumah yang pastinya akan bergema sepanjang 90 minit di stadium.

Bagi aksi malam ini, ada empat pemain yang dilihat pastinya bakal memberi impak buat pasukan masing-masing sepanjang perlawanan berlangsung.

Faisal Abdul Halim (Terengganu)

Kelibat pemain serangan lincah ini pastinya amat ditagih oleh pengendali Terengganu iaitu Nafuzi Zain untuk menjana serangan pantas dari bahagian sisi pasukan.

Kredit: Terengganu FC

Pemain kebangsaan tersebut mempunyai kelebihan dari sudut kreativiti membuat hantaran ke dalam petak penalti selain lincah membuat larian deras untuk memberi tekanan kepada pasukan lawan.

Manuel Ott (Terengganu)

Pemain import tengah dari Filipina ini boleh dianggap sangat berbahaya sekiranya pemain lawan membiarkan beliau mengawal bola di luar garisan petak penalti.

Kredit: Terengganu FC

Kelebihan Ott terletak pada keupayaan beliau yang boleh melepaskan rembatan jarak jauh tepat ke gawang gol serta licik mencipta peluang gol buat pemain serangan lain.

Herlison Caion (Selangor)

Penyerang utama Selangor tersebut setakat ini menjadi penjaring terbanyak buat pasukan dalam saingan Liga Super dan perkara itu menjadikan beliau sebagai pemain yang perlu dikawal rapi pasukan lawan.

Caion menjadi salah satu tonggak import yang berbaloi ditandatangani Selangor musim ini setelah sumbangan dan ketajaman dimiliki beliau sangat konsisten dalam setiap perlawanan dihadapi pemain tersebut.

Kredit:Selangor FC

Pemain kelahiran Brazil ini mempunyai kualiti tersendiri di hadapan gol serta bijak menghidu peluang untuk meledak jaringan.

Brendan Gan (Selangor)

Kapten Selangor ini memiliki masa yang agak sukar sebelum itu setelah beliau berjuang untuk melawan penyakit kanser dihadapi.

Namun sekembalinya beliau bersama pasukan di atas padang, aksi Gan begitu cepat memberi impak buat Selangor menerusi ketenangan beliau di bahagian tengah.

Kredit: Selangor FC

Kelebihan Gan terletak pada kualiti beliau dalam mengawal tempo permainan, boleh membantu pertahanan dan serangan dengan seimbang serta sifat kepimpinan yang tinggi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN