Kelab Dari London Sedang Berusaha Membawa Willian Kembali Ke EPL

Bekas pemain kebangsaan Brazil, Willian berpotensi untuk kembali beraksi dalam saingan Premier League bersama kelab dari London, Fulham.

Fulham dikatakan sangat berminat mahu mendapatkan Willian dan mereka bakal menjadi kelab London ketiga yang akan disertai oleh bekas bintang Arsenal dan Chelsea itu.

Pemain sayap itu melengkapkan perpindahan pertamanya dalam saingan Premier League pada tahun 2013 yang lalu dan beliau telah mengharungi karier tujuh tahun yang sangat gemilang bersama The Blues.

Willian berjaya membantu Chelsea untuk menjuarai saingan Europa League, Carabao Cup, FA Cup dan dua gelaran Premier League.

Pada tahun 2020 yang lalu, beliau memilih untuk meneruskan kariernya bersama Arsenal dan malang untuknya, karier beliau di Emirates tidak berjalan seperti yang diharapkan.

The Gunners memutuskan untuk membatalkan kontrak beliau pada tahun 2021 yang lalu dengan Willian selepas itu kembali ke negara asalnya, Brazil.

Di Brazil, Willian menyertai bekas kelabnya, Corinthians namun beliau sukar untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Beliau hanya mampu menjaringkan satu gol sahaja dari 44 penampilan bersama Corinthians dan Willian kini sepertinya bakal mencari jalan keluar dari gergasi Brazil itu.

Laporan dari Goal mendakwa yang pasukan yang baru naik ke saingan Premier League, Fulham ketika ini sedang berunding untuk membawa Willian kembali ke England.

Bekas bintang Brazil itu mempunyai klausa dalam kontraknya yang akan membenarkan beliau untuk kembali menyertai kelab dari Eropah.

Pemain berusia 33 tahun itu mempunyai baki kontrak selama 16 bulan dalam kontraknya dan beliau sepertinya bakal kembali ke London untuk meneruskan kariernya di pentas bola sepak Inggeris.

Fulham berjaya memenangi gelaran Championship pada musim lalu dan mereka pada jendela perpindahan musim panas ini sudah berjaya mendapatkan lima pemain baru.

Marco Silva telah berjaya mendapatkan khidmat Manor Solomon, Andreas Pereira, Joao Palhinha, Kevin Mbabu dan Bernd Leno pada musim panas ini.

Mereka kehilangan pemain terpenting kelab, Fabio Carvalho yang pergi menyertai Liverpool pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.

Seandainya Fulham berjaya mendapatkan khidmat Willian, ia jelas sekali bakal menjadi penambahan yang sangat baik untuk kelab yang baru sahaja dipromote untuk beraksi dalam saingan Premier League itu.

Skuad kendalian Marco Silva itu akan turun beraksi bertemu Liverpool untuk aksi perlawanan pembukaan mereka dalam saingan Premier League musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN