Chelsea Kini Cuba Saingi Man United Untuk Dapatkan Alexis Sanchez

Alexis Sanchez

Alexis Sanchez kini menjadi buruan beberapa kelab utama Premier League.

Pemain utama Arsenal itu kini dijangka bakal meninggalkan kelab tersebut pada bulan Januari ini selepas Arsenal meletakkan harga £35 juta sebagai syarat utama untuk mendapatkan Sanchez.

Manchester United merupakan calon utama untuk mendapatkan pemain tersebut selepas Manchester City menarik diri dari bidaan pemain tersebut.

Alexis Sanchez
LONDON, ENGLAND – DECEMBER 28: Alexis Sanchez of Arsenal during the Premier League match between Crystal Palace and Arsenal at Selhurst Park on December 28, 2017 in London, England. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Namun kini, maju ke depan pasukan Chelsea dalam usaha untuk membawa pemain kebangsaan Chile itu ke Stamford Bridge.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte dikatakan cukup berminat untuk membawa Sanchez ke Chelsea.

Hal ini kerana, Conte dikatakan sudah lama ingin mendapatkan beliau. Malah, beliau pernah cuba untuk membawa Sanchez ke Juventus dari Udinese sewaktu beliau menjadi pengurus pasukan tersebut.

(Photo by Gabriele Maltinti/Getty Images)

Menurut Sky Sports, Chelsea belum lagi menawarkan sebarang tawaran rasmi kepada Arsenal untuk Sanchez.

Namun Chelsea dijangka akan melakukan bidaan secara senyap kepada Arsenal seperti yang pernah mereka lakukan sebelum ini terhadap beberapa pemain.

Manchester City sudah menamatkan kemahuan mereka untuk mendapatkan Sanchez baru-baru ini, seperti yang dilaporkan oleh kami dalam artikel terdahulu.

Anda boleh baca artikel tersebut di sini.

Keputusan itu dibuat selepas Pep Guardiola dan pengurusan tertinggi Manchester City berasakan permintaan gaji yang dimahukan Sanchez terlalu tinggi untuk ditunaikan kelab tersebut.

Malah, permintaan gaji yang diminta Sanchez itu melebihi jumlah gaji yang diterima oleh para pemain beliau ketika ini di Etihad Stadium.

Jika anda jadi Alexis Sanchez, kelab mana akan anda pergi? Nyatakan pendapat anda di ruangan komen!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN