Mkhitaryan Antara Kunci Untuk Realisasikan Perpindahan Sanchez Ke Old Trafford

Bukan rahsia lagi, Manchester United berminat untuk mendapatkan Alexis Sanchez daripada Arsenal. Semalam BBC melaporkan yang Manchester United kini pilihan utama untuk mendapatkan khidmat Alexis Sanchez.

United juga dikatakan telah merancang untuk memberikan nombor 7 yang ikonik dengan kelab tersebut kepada Alexis Sanchez.

Manchester United menawarkan Arsenal harga £30 juta dengan menyertakan sekali Henrikh Mkhitaryan di dalam perjanjian tersebut.

Ini sudah pasti tawaran yang baik untuk Arsenal mengurangkan impak kehilangan pemain utama pada Januari. Alexis Sanchez ditawarkan gaji £400,000 seminggu di Old Trafford.

Manchester City pula dilaporkan telah menawarkan gaji yang lebih rendah daripada itu, sekitar £320,000 seminggu.

Namun begitu, Henrikh Mkhitaryan buat masa ini tidak mahu meninggalkan Manchester United ke Arsenal. Ini telah membuatkan tawaran United itu kini masih dipertimbangkan oleh Arsenal.

Mkhitaryan juga dikatakan mahu meminta gaji lebih besar di Arsenal jika beliau ke sana. Secara publisiti, Mkhitaryan merasakan kenaikan gaji itu adalah untuk menampung kerugian hak imej kerana tidak beraksi di UCL.

MANCHESTER, ENGLAND – JANUARY 05: Henrikh Mkhitaryan of Manchester United in action during the FA Cup 3rd round match between Manchester United and derby County at Old Trafford on January 5, 2018 in Manchester, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Mkhitaryan gagal menjadi pemain utama skuad Mourinho musim ini meskipun cemerlang pada awal musim ini. Beberapa media pro-Mancheter United yakin bahawa Alexis Sanchez akan menjadi pemain baru mereka dalam masa terdekat.

Manchester City sudah menyatakan yang mereka menarik diri daripada pesaingan untuk mendapatkan Alexis Sanchez.

United menyenaraikan Mkhitaryan dalam senarai untuk dijual. Mourinho memberitahu yang pemain itu ada nilai tersendiri jika ada kelab lain mahukan beliau.

Dalam kemenangan 3-0 United ke atas Stoke pada awal pagi tadi, Henrikh Mkhitaryan tiada dalam senarai pasukan.

Jose Mourinho perlukan tambahan pemain di bahagian serangan selepas Zlatan Ibrahmovic masih bergelut dengan kecergasan. Sanchez boleh bermain di semua posisi di bahagian serangan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN