Hamidin Setuju Dengan Pendapat Presiden FAM, Selangor Perlu Cari Gelanggang Selain SNBJ

Hamidin

Sebentar tadi, kami ada melaporkan pendapat Presiden FAM yang juga merupakan pengurusi FMLLP mengenai situasi pasukan Selangor.

Situasi yang dimaksudkan ialah pasukan Selangor menjadikan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebagai gelanggang rasmi mereka bagi saingan Liga Malaysia 2018.

Bagi Presiden FAM, ia merupakan satu perkara yang mustahil untuk pasukan Selangor beraksi di stadium yang merupakan gelanggang rasmi pasukan kebangsaan.

Anda boleh baca artikel tersebut dengan klik di sini.

Terbaru, Setiausaha Agung FAM iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin menyatakan pendirian menyokong pendapat Presiden FAM itu.

Menerusi laman Facebook rasmi FAM, Hamidin menyatakan pasukan Selangor perlu mencari gelanggang alternatif yang lain selain dari SNBJ.

Beliau mencadangkan gelanggang seperti Stadium KLFA di Cheras, Stadium MP Selayang dan juga Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi sebagai gelanggang alternatif buat Selangor.

Adam Nor Azlin (kanan). Foto: Kamarul Akhir / www.asiana.my

Hal ini kerana, beliau mahu mengelakkan pindaan jadual perlawanan yang banyak melibatkan perlawanan Selangor di gelanggang sendiri pada masa hadapan.

Hamidin turut menyatakan yang stadium tersebut turut bakal digunakan untuk pelbagai acara lain pada masa akan datang sepanjang tahun 2018.

Dalam masa yang sama, Hamidin juga menegaskan yang SNBJ merupakan gelanggang yang eksklusif kepada pasukan kebangsaan sahaja dan bukan untuk mana-mana pasukan Liga Malaysia.

“Selain itu, Stadium Nasional merupakan gelanggang utama bagi pasukan bola sepak kebangsaan dan adalah tidak wajar gelanggang yang dianggap berkecuali bagi semua pasukan tempatan ini dijadikan gelanggang tuan rumah untuk pasukan tertentu sahaja.”

Jadi, apa kata penyokong Selangor mengenai kenyataan Setiausaha Agung FAM ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN